Shoot

Shoot

25 August 2010

Sila Kau Sedar

Wahai cik Err...

dosa kau bertimbun di neraca pertimbangan sana.
Berhentilah menabung lagi. Apa perlu kau bimbang tentang dunia; semua sudah Dia katakan isi di dalamnya hanya perhiasan sementara. Hanya benda paling remeh.

Seharusnya paling sedikit yang perlu kau risaukan.

Bukan hidup namanya tanpa dugaan. Setiap yang beriman kepadaNya, tidak lari dari ujian. Jangan kau runsing tentang orang lain.

Sedang terhadap Yang Mencipta juga mereka khianati, apalagi terhadap kau yang setaraf manusia dengan mereka.

Hmm...
orang bilang jika kita tiada punya harga
jadinya tiada yang akan sibuk berkata tentang kita

Hmm...
orang bilang bila orang berhenti bercerita pasal kita
jadinya kewujudan kita sudah tiada kelihatan di mata mereka

Hmm...
orang bilang kalau dengki dendam sudah sebati dengan darah & daging
jadinya harus sudah dapat diteka perjalanan hidup mereka itu

Hmm...
orang bilang bila mahu membuat sesuatu yang Dia sukai
jadinya perlu bersedia untuk terima herdikan

Hmm...
orang bilang kalau berusaha mahu tunjukkan pada dunia
betapa kita ini betul
jadinya itu tanda paling jelas kita cuba tegakkan benang yang basah

kerana kebenaran itu tidak perlu dinyatakan dengan suara yang terpekik
masa akan tiba untuk ia memancarkan diri.

Hmm...
orang bilang jika kita sibuk tunjuk diri serba serbi
jadinya itu bukti kita sedang cuba sembunyikan cacat cela

Tanamkan dalam hati & minda cik Err...

kemanisan syurga itu tidak terperi. Indahnya ia tiada ungkapan dalam perkataan.

Lantas mengapa perlu kau risau tentang cerca maki dunia? Itu semua hanya sementara...lumrah sebuah kehidupan.

Belajar untuk telan pahitnya kerana hadiah yang bakal kau dapat di sana, jauh lebih baik dari segala isi dunia.

6 comments:

  1. Hmm..
    aku setuju dengan kata2mu..

    Hmm...
    klu siapa yg makan cili tu mesti terasa pedas...

    Hmm...
    dunia ini hanya pinjaman..
    selagi ada masa buat kebaikan..
    mengapa keburukan yg di cari...

    Wahai cik Err...
    I like ur post...
    xxxx

    ReplyDelete
  2. Wahai cik Ida..
    Terima kasih kerana membaca.

    Hmm...
    cili itu hanya teras pedas
    pada yang tahu menilai erti
    pedas.

    Hmm...
    tiba2 aku ingin jadi orang
    yang perasan disalahkan
    kerana tergigitnya lidah

    Hmm...
    keburukan itu indah kerana
    itu sambal belacan bagi mereka
    yang cintakan dunia.

    Wahai cik Ida...
    serasa ingin menebuk dada dek
    kerana pahitnya peria.

    Ngeh~~

    ReplyDelete
  3. hmm....
    cili dibuat sendiri tapi tiba2 meradang sebab kepedasan...
    hahahahhahah.....

    bongos....

    like this!
    x

    at least buli digunakan utk mengingatkan diri sendiri spy x tebuat sm org lain....

    Yg baik, ikuti
    Yg buruk, tinggalkan...

    xxx

    ReplyDelete
  4. Hmm...
    hakikat lupa cili itu sememangnya
    pedas.

    Sy suka bah buat entry gni. Once in a while mau ketuk ni kepala yg b'karat & hati penuh noda. Cewah.

    Indeed...
    ada akal fikir mana yg baik.
    Kalau sudah terang buruk, sila
    angkat bontot & berlalu pergi.

    xxxx

    ReplyDelete
  5. true.. angkat tu bontot klu sd terang2 apa yg kita buat tu kurang baik.. klu angkat bontot pun malas, aku pn nda tau mo ckp apa sd..wakakakakkakakakkaka

    ReplyDelete
  6. Perhaps bontot adalah terlalu berat untuk diangkat. Atau memang suka untuk stay lama2 dengan yang buruk.

    Kita manusia ada akal, kalau ndak guna bagus jadi munyit.

    Wakakkakaakakak. xx

    ReplyDelete