*Dari hati yang kerinduan*
Ku hanya terdaya menghalang lidah untuk ungkapkan kata
namun tiada daya untuk aku hentikan detik hati
yang seperti tidak mahu berhenti menyebut nama mu
Betapa rasa rindu ini membunuh
Pernah terlintas di benak
Akan sampaikah satu masa
aku tiada punya rasa ini lagi?
Bila rindu itu sudah sebati dengan aliran darah
Sudah seiring dengan setiap helaian nafas
Mana mungkin ia akan tiada...
Namun ketentuan Nya itu pasti
Aku hanya mampu merancang
kerana aku hamba Nya
Ku terima semua dengan penuh redha
Tidak semua yang diinginkan akan mampu dicapai
Andai tiada izin dari Nya
Yang tertulis untuk kita...seharusnya yang terbaik dari Dia.
Specially for u ChentaHati...moments with u are the greatest.
Lots of love;
indahnya kata2 mu, pandai kau.
ReplyDeleterindu itu sakit kan
Chom..thanks. Bila datang angin jiwang, semua pun bole dibuat tu. Tapi kalau disuruh, bertahun kali baru idea timbul.
ReplyDeleteRindu itu sakit, serasa setiap lapisan daging dilapah rakus.
wah itu ayat sangat berbisa! hehe... sighhh, ini lagu samson used to be my fav. sighhhhh lagi, lol.
ReplyDeleteWrote in in less than 10mins. Ter-inspired after I saw his latest pic. That moment I could feel the vibration in my heart. Baru sy tau, I do miss him. LOTS!
ReplyDeleteUsed to be? Hahaha why now not anymore ka?