Shoot

Shoot

14 July 2010

Syukran


Setelah sekian lama bermain tarik tali dengan perasaan sendiri...akhirnya aku nekad.
Keputusan sudah pun ku ambil.
Tiada penyesalan di kemudian akhir...itu doa ku setiap masa.

Dada kini rasa ringan. Tiada lagi kekalutan yang buatkan ia sesak. Walau degupan jantung makin hari makin tidak ku tahu rentaknya. Persetan itu semua. Cukup aku tahu, bahagia yang ku rasa ini sudah melukis senyuman di wajah.

Diri dibiar jadi bodoh...dibiar jadi bahan ketawa...dibiar kelihatan seperti yang tidak punya harga diri mahupun malu. Noktah sudah ku letakkan di tiap satunya. Biar semua berakhir kini. Aku lega...aku redha. Syukur kerana Dia selalu ada tunjukkan aku cahaya yang benar.

Ku temui kebahagiaan di dalam perpisahan ini. Mengapa masa begitu lama harus ku ambil untuk mencorak kesudahan ini? Kalau ku tahu begini rasanya...pasti sudah lama aku belayar pergi. Tinggal semua yang pahit & manis...kerana walau sekulamit habuk pun tidak mahu aku ingati. Bukan dendam yang menjadi punca...tapi perasaan yang mahu semua kebodohan itu berhenti.

Sampai bila mahu tertanya...mahu ambil tahu...mahu merasa sakit hati...

Tiada yang dapat menghentikan itu semua kecuali aku memutuskan. Dan Dia membenarkan. Dan saat ini, aku sudah bebas dari cengkaman perasaan sendiri. Alhamdulillah ya Allah.

Sedang dengar lagu Shahir; Kebahagiaan dalam Perpisahan. Sangat tepat.
blogger-emoticon.blogspot.com

No comments:

Post a Comment