Assalamualaikum. Konnichiwa.
Adalah sangat malas untuk bercerita panjang lebar. Macam penat gila kan semenjak duamenjak balik dari Jepang ni. Withdrawal syndrome kunun. So kali ni bercerita melalui gambar jak lah kan. Walau susunan gambar adalah sangat disorganized.
Luckily Sabah adalah cuti hari ni sempena Good Friday. Tu yang aku kuatkan seruan supaya roh Rajin cepat mari. Tapi hmmm sila lah sila percaya aku ndak akan membebel panjang.
3 April 2014
KKIA Terminal 2, Kota Kinabalu
While tunggu boarding time, aku tunggu juga cousin aku yang paksarela patah balik untuk ambil jaket aku. Tapi time2 tu jugalah kan mau traffic jammed bagai. Hampagas. Ended up, penghantan jaket adalah failed. Aku masuk boarding hall dengan segala rasa pasrah. Pastu ada niat pula mau cari jak di LCCT. Asal boleh! If mahal melampau, last choice adalah untuk hantar rescue call to Ms H. She will be joining us the next day. Erm pasal tu jugalah aku macam relaks gila jaket ndak da. Penyelamat ada katanya.
Penerimaan hakikat orang yang tinggal jauh terpisah Laut China Selatan sama Tanah Semenanjung. Haruslah bertabah beli return ticket KK-KL juga. Ahli rombongan seramai 3 orang di Kolumpor tu untunglah. Kami berdua mau ndak mau, terpaksa beli juga. Direct flight KK-Osaka lagi berlipat ganda mahal. Jimat kos, marilah beli berasingan. Naik Air Asia dari KK, sampai LCCt ambil shuttle bas (RM 2.50/way) to KLIA. Sebab trip kali ni, aku naik MAS. Beli time promo pun tiket tu. Kalau ndak, berangan jaklah.
Penerimaan hakikat orang yang tinggal jauh terpisah Laut China Selatan sama Tanah Semenanjung. Haruslah bertabah beli return ticket KK-KL juga. Ahli rombongan seramai 3 orang di Kolumpor tu untunglah. Kami berdua mau ndak mau, terpaksa beli juga. Direct flight KK-Osaka lagi berlipat ganda mahal. Jimat kos, marilah beli berasingan. Naik Air Asia dari KK, sampai LCCt ambil shuttle bas (RM 2.50/way) to KLIA. Sebab trip kali ni, aku naik MAS. Beli time promo pun tiket tu. Kalau ndak, berangan jaklah.
3 April 2014
KLIA, Sepang
|
Dapat seat tengah. Memang ndak suka sebab aku jenis ulang alik toilet. Perangai. Ndak sukalah kan terpaksa kejut orang sebelah duatiga kali. Lucky this time, pundi kencing tau pula bekerjasama. Ms G yang dapat aisle seat pula yang jadi aku. Tangki kecil. Ngek. |
Actually masa check in, kakak kaunter tu bagitau seat kami diupgrade to business class. Just that kami akan naik flight lain; yang akan transit di Incheon for 2 hours before arriving Osaka. Seat dari Incheon to Osaka pun upgraded to business class juga. Naik Korean Air! TAPI niat untuk agree with the upgrading thingy went down straight to the drain because Ms P & Ms C had already check in prior us. Beg diorang sudah jalan jauh, dibawa masuk kapal. Sedih berganda. Ms P pula remind aku banyak kali.
"Bie ingat weii. Aku tak tau 1 mende pun pasal Jepun. Aku serah semua kat ko. Kalau ko ikut flight lain, pula tu sampai lewat berejam dari kitorang...apa jadi ngan kitorang kat airport nanti?"
Busuk hati tau ndak mau kasi can aku trip orang kaya-kaya. Laju jak melontar soalan saiko. Terbelah bahagi jantung. Once in a lifetime opportunity tu! Sudahlah petang tu aku meluah sama Ms G bila lah dapat merasa naik business class. Pastu aku cakap lagi rindu mau 'balik kampung'. Gedebuk Allah 'bagi' cash malam tu. Upgrade business class...transit Incheon for few hours. Mental kejap aku mau digest fakta masa kakak kaunter tu bagitau!
Tapi akhirnya...aku dengan berat hati tolak peluang tu. Dalam hati doa; haraplah akan ada peluang macam ni lagi. For that to happened, kenalah naik MAS pula kan. Pfft.
Our flight departed 15 minutes late than scheduled. Ndak apalah lambat, janji selamat. Habis jak demo pasal safety, aku wrapped kepala dalam blanket & zzzZZzz.
Untunglah naik MAS. Sekali sekala dapat merasa in-flight meal. Selalu, aku layan tidur jak along the journey. This time, automatik terbangun bila tiba waktu makan. Aroma makanan menusuk hidung gitu. |
Macam biasa, isi immigration form. Pastu duit yang kita bawa pun kena tulis jumlah. |
4 April 2014
Kansai International Airport, Osaka
Alhamdulillah we landed at Kansai International Airport as scheduled walau lambat bertolak dari Malaysia. Temperature was reported to be 13'C. |
Settled with immigration; keluar dari arrival hall teruslah cari toilet. Keluar jak dari toilet nampaklah 3 orang kawan aku tu disoal siasat polis airport. Sudah pernah baca dalam few blogs benda tu biasa. Just rutin diorang harian. Lepas ttanya itu ini, belek tengok passport etc etc then settled. Muka penuh manis menanya, ndak kan cuak rasa macam sudah buat jenayah kan.
Pastu aku jalan cari booth Telecom Square to pick up the mobile wifi modem I've reserved prior arrival. Located in front of the Kansai Information Centre just outside the International Arrival Hall (between the North & South doors). Refer jak direction yang diorang email aku prior coming. Kami sewa mobile modem ni selama 9 hari di sana. For more info about the wifi modem rental, please refer here. |
Terserempak ngan JM lagi masa kami mau validate our JR Pass. Kami banyak 'stops' lepas keluar dari kapal. Semua pun mau digambar. Geng JM sudah siap tukar pass segala, cepat & tangkas. |
I opted for the Icoca & Haruka Round Trip (Option 1b). |
Sebab JR Pass kami tu valid for 7 days only & will only be activated the next day. Furthermore, our Jr Pass will expired a day before our flight back to Malaysia so I think this is the best deal.
Icoca Card functions the same like our Touch'n'Go & TMoney (??). It is recognized by the subways, taxis buses & even for shopping purposes (major stores & most retailers). We used it when riding the subway train that is not covered by JR Pass in Tokyo, Osaka & Kyoto. Also for the streetcar/tram in Hiroshima. |
After activating the Jr Pass, off we go to Kyoto via Haruka Express. And a compulsory photo before that. Posing sangat padahal bahu sudah sakit hangkut anak gajah 11kg. |
Gila impressed bila tengok pekerja diorang ni buat kerja. Dedikasi is the keyword. Kansai is the last station, so diorang akan bersihkan dulu train ni before it departs. |
Seat tu boleh putar 360'. So sila jangan risau kalau dapat seat yang bertentangan dengan arah train bergerak. Nampak pekerja tu pusing2 seats, kami wow lagi sekali. |
Tiap kali nampak sakura along the train journey, teruslah excited. Almaklumlah, first time. Even the Japs dalam train tu pun excited ok. Siap ambil gambar, ketik banyak kali. Diorang pun duk 'Wah, sakura. Wah sakura' juga. |
Contoh rumah di Kyoto yang jadi kesukaan aku sama Ms G. The same ayat keluar bila nampak perumahan diorang. Nampak sangat memang suka. |
4 Apr 2014
Kyoto Station, Kyoto
View of Kyoto Tower; opposite Kyoto Station. We arrived 75 minutes later. Niat di hati untuk qada' tidur dalam train, tapi sebab excited sangat aku cuma mampu tengok Ms G berdengkur di sebelah. Ngeks. |
Perlu kan untuk posing depan station. |
Sampai Kyoto Station, umat punyalah ramai. Walau itu adalah weekday. Sebab salah ikut exit, terus end up di belakang bangunan (Bic Camera Shop). Padahal memang tau bukan tu nama exit yang patut kami ikut. Lantaklah labu yang penting sudah sampai Kyoto.
Ada few urusan before we proceeded to our next destination. Simpan keluarga gajah dalam lockers...and berkunjung ke Kyoto Information Centre. Yang tu aku sambung next entry. Gila panjang pula bebelan aku. Ingatkan hanya mau bercerita by pictures. Ciss.
Gambar cuci mata. Taken at Yasaka Shrine. Our next destination. |
eryantierdabdulkarim
ohh ada pula kk-osaka.
ReplyDeletealala melepas biz class, kalau nda boleh la cium2 bau kampung haha
ada hikmah ba
Ya ada tapi sama juga transit di KL dluan hahaha. Cuma tu beg direct lah check in dari KK lagi.
DeleteTulah bah kalau x ada juga cium2 bau kampung bikin hilang rindu. Sob.
Hikmah dia dapat jalan lama sikit di Kyoto. Gitu. Kalau jalan petang sikit sure saya beku kesejukan tu.
hadeh melepas naik bisnes class tu beb... uhukss..
ReplyDeleteTulah pasal. Konon katenya kapal penuh. Aku xfaham. Agaknye ada waiting list kot tu yang existing passenger dia upgradekan. Huhu melepas rezeki. Insha Allah ada lagi kot nanti. Gigih doa.
DeleteOmaiiiii dah start!!!!
ReplyDeleteBie,
Adoii aku pun slalu berangan upgrade ke biz class. Nak beli tiket sendiri memey arr x mampu. Btw aku selalu je mcm ko..terpaksa buat pilihan..rezeki atau bff. Memandangkan tak nak kera sumbang..kenala pilih bff. Pftttt...
Babe, aku kagum gilerrr dengan cardigan pink ko. Nipis banget. Hehehheehe..
Eh camana eh nak contact ko?? Bykkkk giler soklan nak tanya!
Banyak pulak soklan aku ni ha.
Hahahaha ayat first xboleh blah. Aku kena gigih menaip kalau x memang xakan update lah jawabnye.
ReplyDeleteKan verangan nak upgrade tapi bila peluang dah ada, terpaksarela dilepaskan. Selalu dengae cerita kawan dapat upgrade unsangkarable aku pun dapat offer. Xpelah nextime maybe. Ada hikmah semuanya. Hahaha ayat sedapkan hati.
Memang nipis! Pastu bila angin bertiup je, aku ambik tudung tutup muka. Sedih mengenangkan drama di hari pertama.
Ko boleh contact aku thru email. bibierr82@gmail.com. Or ko pm no.fon nanti aku ping ko.
Bie...kita cam ada jodoh lah..lepas JM publish entri jepun hari ni..baru perasan Bie pun ada publish hari yg sama heeee
ReplyDeleteHahaha...sama kes perlu reject offer buisness class tu dek kerana kawan..huhuh..Jm pun frust gak..yg pasti nice knowing u bie...peramah sgtttttttttttt...i like :-)
Ahahaah....cara tulis pun dah tahu Bie mcm mana orgnya heeee
Hihi jodoh sangat. Kat Jepang sampai 3x pula terserempak kan.
DeleteXpe kita reject cara halus. Insha Allah nanti dapat offer lagi. Amin, amin. Nice knowing u too JM.
Macam popcorn kan bercakap. Tapi kalau jumpa orang pendiam, Bibie jadi diam juga. Malu gitu.
Jap jap jap...apsal semua orang naik MAS ni? Kak Azra pun naik MAS gak ni. Ada sales ke apa time tu? Huhu....
ReplyDeleteLama dah tak jenguk website MAS.
Pengaruh travel blog ni sungguh dasyat. Sekarang ramai duk pulun tulis pasal Jepun. Sedikit sebanyak tergugat iman.
Nak kena baca blog sambil pegang pensel ngan kertas. Nak kena jot down info. Ada org tu berangan nak gi Jepun pula dah. 'Kampung' boleh bye bye utk sethn dua ni. Huhu....
Kebetulan Ja! Ada sales masa tu. JM lah promo sekali tu terjebak juga. Tapi xsangka lak same flight. Kalau JM x bagitau memang xdelah nak jenguk website MAS. Xmampu lagi.
DeleteHaaa nak gi juga? Ok gak tu tapi kenapa perlu babai kampung. Kitorang (ngan Azra) still prefer kampung tu lagi tau. Setia kononnye.
bie..sayangnya biz class..alahai.... nk gune duit sendiri mmg tak tahulah bila kn dpt biz class...
ReplyDeleteSayang memang sayang tapi kesian kat kawan2 yang memang xstudy apa pasal Jepun. Dahlah diorang memang serah sume kat saya. Xpelah, ada rezeki nextime. Insha Allah.
DeleteIni yang bikin gua rindu sama Nippon...
ReplyDeleteOrang berjiwa Nippon sudah mari. Hahaha. Duk 6 bulan mestilah terkenang2 kan Mie kan.
Deleterasanye kalo kite nk g jepun ni mmg kene stdy line2 subway dia. sumpah konfius npe lain line kne ade lain pass T_T
ReplyDeleteJust guna hyperdia kalau nak tau which line kena amik. Yang penting tau departure & arrival point.
DeleteKalau Su dah study sikit confirm boleh faham. Kat Jepun semuanya senang. Alert ngan signboard & electronic board juga. Pass tu pun senang nak faham. Sis haritu cuak gak tapi once dah sampai, eh macam best je semua faham dengan cepat. Hihi.
♥ Kyoto
ReplyDeleteYa betul. Me love Kyoto too.
Deletebaru berkesempatan bc stori jepang..dah tu semua serentak update stori jepang..hahaha nampak jepun ni mcam bersih je..yeke?? hohoi..teringin pula saya... *____*
ReplyDeleteHa barulah baca secara berkala Aza. Cerita HK Macau ko mana? Aah memang sangat bersih beb. Masa nak gi temple tu, aku punyalah mencari tong sampah xjumpa. Tapi streer litter free ok. Kagums.
DeleteBAH! Sila pergi berkeluarga, Japan sangat ramai family berjalan2. Suka aku tengok.
tepi sikit tepi sikit aku mau komen:
ReplyDelete1. masalah p toilet balik2 tu mcm faktor usia sudah tu kahkahkah
2. cantik kasut dan beg merah
3. wah hello kitty lagi tu kadnya!!
4. Orang jipun pun excited kita apalah lagi kaaaaaaaan?
5. apa lagi aaa
itu sajalah hehehe..
Ouh konsep komen main point la sekarang kan. Hahaha kicik jak kau jadi ruangan adalah cukup.
Delete1. Aku dari jaman sekolah memang toilet tu macam besfren. Pundi kencing kecil xmampu tampung banyak isi.
2. Kasut pinjam memang cantik. Sob. Beg tu hakmilik sendiri jadi makaseh. Itu bakal dibawa tiap kali jalan. Mau pakai sampai lunyai.
3. Ada 2 pilihan, haruslah yang somel tu aku pilih kan.
4. Yang veteran pun beruwah ah. Jadi bila kami excited sila jangan heran.
5. Bye!
Hehehe rugi tak dapat business class tu, mungkin ada rezeki lain nanti.
ReplyDeleteMemang rugi tapi xpelah memang bukan rezeki. Dah pergi in group, maka kalau only half je yang dapat advantage rasa macam unfair. Insha Allah adalah rezeki lain nanti. Hihi.
Deletemahap la bb ngeks....hahahhaha..sian ko xdpt naik biz clazzzz....ngeh3...aku mmg nangis kuat2 kalo ko trime gak...kih3...senyum siput dh ni bile tingat balik..
ReplyDeleteNampak x betapa baik aku sampai tolak offer Kakak Kaunter tu. Patutnya aku terima je pastu cakap jelah memang kitorang kena tolak ke biz class. Xde kaedah terima or x. Memang kena.
DeletePastu bolehlah terima aksi drama airmata ko kan. Pastu boleh gak imagine macam mana masam muka ko tunggu kitorang kat KIX.
Nanti ko kena belanja aku makan aiskrim sedap kat Magnum Cafe. Akan ku tagih!
Baru nak buat homework. Saya tak pahamlah tang kad tu sebab byk sgt.
ReplyDeleteIngat nak jalan dkt Osaka, so nak beli Kansai Thru Pass tu nanti.
Lepastu yang kad Icoca dan Haruka tu sekali ke asing2? Sebab ada baca kalau beli kad Haruka tu untuk naik Haruka Express kut tak silap.
Sebab nak gerak dari airport tu saya tak tau nak guna yg mana satu. Dah la sampai petang sah-sah bertembung dengan peak hour diorang nanti.
Kalau beli Icoca kad tu, boleh guna ke utk naik JR line semua?
Saya duk ulang baca pasal kad-kad tu pun blur tahap gaban.
Ja...yang setakat aku faham lah.
Delete1. Haritu aku sengaja beli Icoca sekali ngan Haruka sebab JRPass kitorang expired sehari sebelum hari balik Msia. So kalau beli Haruka pakej ngan Icoca, murah. Save banyak. Kalau beli asing, harga Haruka tu boleh tahan gak. Tu aku beli Haruka return. Guna masa first day (JRPass x activate lagi) & last day (JRPass dah expired).
2. Icoca tu ibarat macam TnG kita. Selain JR train, Icoca boleh guna untuk semua subway trains. JR trains memang xboleh guna Icoca. Ibarat subway trains ni mcm Star & Putra kita. JR trains tu ERL.
Hopefully ko faham. If still blur, just ask. Insha Allah aku tolong explain mana yang aku tau.