Shoot

Shoot

14 January 2014

Wonderful Jan: Membeli Terbelah

Assalamualaikum.

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Rindu pada baginda. Aku berdoa semoga diberi peluang oleh Allah SWT untuk melawat baginda suatu hari nanti. Insha Allah, amin!


Buka fb pagi tadi, nampak kawan share artikel ni. Best jak baca so I thought of sharing it here. Sama2 kita ambil iktibar. 

"Assalam ustazah...saya nak beli hndbag hrga rm400...saya mmg rase bersalah kalu sy beli sbb sy tahu itu mmbazir..boleh ke kalu nk hilang rase bersalah saya tu saya dermakan 10 percent dr harga beg tu.."

Soalan di pagi jiwa sedang berlagu sedih mengenangkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. 

Alhamdulillah Allah SWT masih memberikan sedikit rasa berfikir kepada penanya soalan.

Islam tidak pernah menghalang umatnya membeli apa sahaja selagi ianya bermanfaat.

Setiap apa yang kita beli @ lakukan maka Allah SWT akan bertanya di Mahsyar nanti dan kita wajib bersedia dengan jawapan itu kenapa dan mengapa.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri menjual barangan mewah. Malahan sahabat2 r.anhum adalah orang2 berada dan jutawan.

Teringat saya beberapa kisah.

Kisah 1:
Dulu seorang kawan saya kontraktor. Pendapatan bersih biasanya RM15k. 18 tahun dulu RM15k cukup besar. Sekarang pun masih besar.

Setakat menginap 1 minggu di Bkt Tinggi, habis dalam RM5k..ianya masih sedikit.

Anak2 jika membeli belah di pasaraya, bebas mengambil apa sahaja dan ayah mereka just tunggu dekat kaunter untuk membayar dan tidak kisah berapa nilai barangan.

Shopping raya seorang RM1k dan biasanya pakaian yang new arrival bukan less 70%. 

Walau bagaimanapun beliau tetap menderma dan infaq sabilillah. Beliau tidak kedekut.

Namjn Allah SWT amat menyayanginya di mana dihentikan terus kontraknya dan beliau jatuh miskin.

Allah memilih beliau ditiadakan pendapatan sesen pun asbab beliau lebih sesuai menjadi orang miskin daripada orang kaya.

Moga2 asbab kemiskinannnya dulu meningkatkan darjatnya di sisi Allah. 

Berbalik kepada soalan di atas.
Saya suka menjawab begini!

Jika membeli bag itu kerana kualitinya yang akan menjamin jangka hayatnya hingga bertahun paling kurang 4 tahun, maka belilah.

Sebab, jika membeli bag murah dalam RM 100 KE 200, ketahanannya hanya 1 tahun, lebih baik membeli yang berkualiti. 

Alasan ke2, jika bag itu ada kelebihan dari segi keperluan di mana bag lain tiada, maka belilah.

Alasan ke3, untuk apa di beli?

Alasan ke4, adakah membeli itu boleh menambah pahala?

Alasan ke5, adakah sedekah jariah lebih banyak daripada RM400.

Alasan ke6, adakah jawapan nak di jawab dengan Allah SWT.

Jika ada, silakan membeli kerana setiap orang bebas memilih.



Kisah kawan saya.

Beliau usahawan berjaya, pendapatan min kebiasaannya RM20 ke 40k sebulan.

Suatu hari beliau menunaikan umrah dan membayar RM1k untuk sewa bilik semalam.
14 hari RM14k hanya untuk bilik hotel.

Alasannya, asbab dia ada anak kecil, sukar solat berjemaah dan duduk lama di Masjidil Haram. Beliau ke Makkah dan Madinah untuk beribadat.

Maka dengan duduk di bilik mewah, beliau nampak Kaabah dari tingkap biliknya dan sempat berjemaah bila solat sebab lobby hotel bersambung dengan sof jemaah.

Alasannya, setiap yang dibelanjakan untuk haji dan umrah adalah jihad.
Alhamdulillah rezeqinya masih cukup untuk berulang alik ke sana.


Kisah kawan lain.

Membeli pinggan Corelle..
Alasannya : penjual itu membayar zakat.
Maka dia membantu ekonomi Islam.
Kedua, pinggan itu khusus untuk meraikan tetamu bukan sekadar membeli dan framekan dalam kabinet.



Seorang lagi membeli sofa Lorenzo RM2500.. 

Alasannya
Agar ada ulama2 yang duduk di atas sofa itu sambil mengajar ilmu.
Alhamdulillah sering ada ulama yang duduk di sofa itu.

*****
Berbaloikah membeli kereta mewah?
Berbaloi jika menggunakan untuk jihad.
Yakni pergi kerja dan mengaji ilmu Allah. 

Rumah besar?
Berbaloi jika sentiasa penghuninya menjadikan tempat majlis Ilmu dan menghidupkan amalan2 kebaikan.


Belilah apa sahaja asalkan sedekah jariah kita 50% daripada pendapatan kita.

Firman Allah SWT


"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap memasukki (masjid), makan dan minumlah, dan janganlah berlebih lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berlebihan".
(Al a3raf 31)

Part beli barang tu memang aku rasa macam kena baru kena smash di dinding. Sob.

eryantierdabdulkarim

4 comments:

  1. Byk pengajaran dari story nib ermm merenung sejenak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @JM: Betul. Saya paling terkesan bab handbag tulah. Hopefully lepas ni mampu nak berfikir macam tu everytime nak membeli.

      Delete
  2. since giler travel, dah tak rajin beli hbang, jam etc mcm dulu...tp asyik carik tiket flight + hotel je...yg tu mcm mana pula eh?

    kdg terfikir juga, kena kita travel...jwpn standard, sbb suka travel, nak tgk tmpt org etc....hmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau beli hbag tu ikut musim. Tetiba je kalau datang angin nak beli, memang akan terbeli.

      Pasal travel tu, kawan ada bagitau niat menggembara untuk tengok tempat orang...nak belajar sesuatu dari yang dilihat, nak tambah pengalaman. Pun dikira ibadat, insha Allah. Kan tu ibarat nak menimba ilmu gak. Wallahualam.

      Delete