Shoot

Shoot

7 December 2013

Prosperous Dec: Officially a Mrs. Alhamdulillah

Assalamualaikum. 

Misi untuk buat kejutan beruk to my beloved friend went well. Masa dia bagitau tarikh nikah kat dalam group watsapp kitorang, aku dah awal2 sound yang memang aku tak kan dapat hadir. First, notis dia tu tersangatlah last minute. Second, uni belum start cuti sem lagi so chances nak tinggalkan cafe ni zero.

As always, dia memang faham kalau aku tak dapat datang. Faktor; jarak! Macam biasalah kan. Tapi dia dah warning siap2, aku kena datang reception bulan Jan nanti. Timbang tolak darab bahagi, aku memang confirm tak dapat datang reception tu sebab aku still kat 'kampung'. 

Therefore aku buat decision paling drastic, in less than a day...bersuhabat dengan si Pijah untuk turun nikah si Salbear. Tak kisahlah aku dapat notis tu 3 days before the solemnization or uni takde cuti or apa jelah alasan sekalipun, aku nekad untuk datang. 

Demi persuhabatan 16 tahun; ada apa dengan alasan2 cliche macam tu kan. 
Sampai Kolumpor late in the evening. Masuk je kota besar, teruslah jumpa kereta berderet2 kan. Memanglah immediately aku bersyukur kat KK walau jammed macam mana teruk sekalipun, takdelah bagi jiwa menggelodak macam kat Kolumpor ni. 
Sahabat dunia & akhirat; insha Allah. Memang kejutan yang aku buat menjadi. Adalah dekat seminit juga dia scan muka aku...pastu melopong jap, then bibir ketaq2 nak sebut nama aku tapi still was2 sebab takut salah orang. 
"Bieeeee, aku tak sangka ko datang wei" 
"Bieee, aku still tak caye kot"
Dah babak nak sedih, si Pijah potong stim. 
"Yelah Bibie lah ni, penat tau aku tolong sorok dia." 
Boleh? 
Yours Truly with the radiant bride. Masa ni belum acara nikah lagi, so title still Cik Salbear. 
Hantaran bercampur-baur snapped by Pijah. Aku as usual bila orang dah ramai2, memang agak segan sikit nak angkat bontot & snap sana sini. Since when? So aku pun bulilah kawan sorang tu. Dia pun rela je menurut perintah. 
"Guna phone aku jelah. Tak reti2 boleh bluetooth je nanti?"
Tapi, kejam!
As usual, peranten nervous depan tok imam...kami sibuk bergambar di belakang. Kitorang assumed aktiviti macam ni dapat tolong kurangkan gemuruh peranten. Eh?
Babak mengundang airmata. Minta halal makan & minum; sebelum melangkah 'keluar' dari rumah mak & melangkah 'masuk' rumah in-law. Pasni, syurga di bawah redha suami dah. 
Sudah sah suami isteri. Semoga bercinta hingga ke akhirat. Insha Allah, amin.
Last minute, ramai pula tak dapat datang. Takpelah, yang tu korang cerita ngan peranten je nanti. Asalkan janji aku 14 tahun lepas untuk attend wedding minah ni aku dah tunaikan. 
Before we left the new bride with her husband. 
Thanks for everything you have done to me up to this moment, dear Bear. I hope our friendship will last until the end of time.

Bear & I; we go a long way back. I still remember vividly back in high school. There was this one time when most of the people around me turned their back on me; and that included my so-called best friends & close friends. Yet, this woman & her cousin stayed by my side. Never once did she left me alone although the rest of our friends didn't even bother about my existence at that time. She stood by me. Most importantly; she didn't judged. 

Jadinya, bila orang tanya kenapa aku sanggup datang dari jauh...rasanya tak perlu nak jawab panjang lebar. Sebab tiap baris alasan yang aku bakal bagi tak kan dapat justify what she did to me back then. 

Ah!! Bittersweet memories. Won't trade them with anything in this world for they are the things that shaped who I am today. Alhamdulillah.

eryantierdabdulkarim

4 comments:

  1. Bie, saya baca post ni masa sdg tunggu flight di Incheon nak balik Malaysia, boleh tetiba sedih2 smpai leleh2 bila baca cerita ni...n baru tersedar, how i miss my bestfriends...since ramai dah kawin, lama dah tak jumpa...tp ingt kenangan susah senang dulu...waaa...rasa terharu sgt...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik Msia. In 2 weeks my time pula balik kampung.

      Selalu macam tu kan, bukan xnak keep in touch tapi masing2 busy ngan komitmen. Saya ni lagilah, jauh kat KK. Masa nak hang out sangat terhad tapi bila ada peluang memang xlepas punya. Biarpun over coffee.

      Xpe DJ, walau jarang jumpa...kenangan susah senang dulu tulah yang kuatkan tali persahabatan. Even jarang jumpa. Memasing faham. ;)

      Delete
  2. tak aci la woi.
    aku kawen ko x datang pun.

    aku nak sentap ah dgn kau

    ReplyDelete
  3. Agak2 kalau aku layangkan tumbukan padu maut...sampai x ke Adelaide tu ye.

    Ke buat reception lagi sekali...pasti ku hadir.

    ReplyDelete