Shoot

Shoot

25 October 2012

Edisi: Aidiladha

Assalamualaikum.

Aidiladha datang lagi. Alhamdulillah. Syukran ya Rabb kerana aku masih diberi peluang untuk berada di bumi Mu sehingga ke saat ini.

 
Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada saudara seIslamku. Moga 'pengorbanan' yang telah atau bakal kita lakukan mendapat redha dari Allah SWT. Tidak perlu risau tentang balasan kerana Allah sudah berjanji, setiap yang dilakukan kerana Nya pasti akan diberikan 'hadiah'. Tidak di dunia, di akhirat sana. 

Aku ingatkan diri sendiri...Aidiladha bukan hanya penyembelihan korban semata2 tetapi ia lebih dari itu. Tahun ni, aku korbankan sebuah 'perhubungan' yang bagiku sudah tiada 'nilai' untuk diteruskan. Syukur! Sehingga ke saat ini tidak pernah; walau sedetik aku kesal dengan jalan yang telah aku pilih.

Aku pasrah & redha dengan apa yang telah Allah aturkan. Kerana aku yakin, hanya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk aku. Hanya masa yang menjadi percaturan.

Sabarlah wahai hati!

‎"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah 'amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu..."

(Surah al-Hajj:37)

eryantierdabdulkarim

No comments:

Post a Comment