Shoot

Shoot

8 December 2011

Monolog

Gila! Bila diri perasan sibuk begini jadinya. Sampai masa tidak sempat untuk cemburu. Masa sudah bosan dengan aku yang suka buat2 sibuk! Atau masa sudah muak melihat aku yang kerapkali lekat tag 'Cik Tangguh' di dahi.

Jadi kuli ini memang rumit. Banyak cabaran. Jangan pernah berani atur itu & ini sesuka jiwa kerana belum tentu rencana gebang akan berjaya terlaksana. Kadang, yang tidak dirancang itu lagi manis. Sungguh!

Minggu ini antara paksa & rela jadi pemandu pelancong para pekerja. Kecomelan si Fuchy sudah tidak bermakna saat begini kerana gagah si Gio perlu aku tonjol sama khalayak. Ugh! Aku tidak pasrah...kerana aku telah lama redha. Ikhlas bukan ukuran bisa dibuat manusia ya. Itu hak Dia untuk hakimi.

Aku injak lantai rumah saat jam hampir berdenting sepuluhkali; bulan sudah tegak di dada langit. Sungguh aku peluk erat si Penat. Sungguh aku tidak peduli tangisan syahdu si Perut. Paling aku mahu; bersihkan diri. Setelah ditunai tanggungjawab pada Nya aku panjat katil; bersedia untuk beradu. Mahu cepat sampai alam tidur. Tidak mahu singgah alam anganan kerana di sana tenaga aku akan habis diserap. Tidur bakal jadi tidak berkualiti.

Namun, sudah duaminggu ini berlanjut. Aku susah mahu lelap walau sudah ribuan kali menguap. Jadi pemuja malam sangat parah sebab tiada siapa sudi layan. Kalau dulu boleh lepak di luar tapi sekarang keinginan itu makin pudar. Rasa macam tiada daya; tiada upaya. Penghujungnya, aku ubah diri jadi tukang golek. Ke kiri ke kan. Juga penganggu lena si anak2.

Tapi benar! Indah rasa itu tidak dapat disangkal kerana di tengah malam yang dingin, aku rasa hati sangat tenang. Makin dekat sama si Pencipta. Cuma aku suka jadi bingai. Rasa damai sudah ada; aku saja yang masih setia dengan si Malas. Tidak mahu bangun dari katil.

Sangat rugi! Dosa sudah bertimbun melangit tinggi. Taubat masih jauh dari mahu. Suka perasan akan hidup lama maka beginilah jadinya. Yang Maha Mentadbir sudah beri isyarat tapi aku masih buat bodoh.

Semalam kawan datang melawat, minda & telinga aku dibasuh.

"Bie, kau ndak dapat tidur sebab Allah suruh kau rajinkan diri buat ibadah di tengah malam. Bukan counting sheeps macam kau selalu complain."

Erk, ada rasa macam kepala diduku. Ada rasa macam diri dihempas ke dinding hancur lumat. Malu bukan kepalang! Tapi serius, malu tiada makna kalau terus pilih jadi toyol. Ara, Bie??

eryantierdabdulkarim

No comments:

Post a Comment