Aku agak emosional saat ini. Sungguh, airmata seakan terlalu murah untuk semudahnya gugur.
Satu persatu kenangan antara aku & mereka bermain bagai putaran filem di hadapan...dari saat mula kami kenal, saat mula kami tahu erti persahabatan, saat mula kami tahu nilai perkongsian. Tidak, aku bukan sedih. Tapi aku tidak menyangka kami mampu berjalan sejauh ini. Bertahan selama ini. Terima kasih Ya Allah di atas jiwa-jiwa suci yang kau 'pinjamkan' untuk berdampingan dengan aku.
Terlalu sarat kenangan kita wahai teman; tidak mampu aku ungkai semuanya di sini. Tidak mampu aku padam dari kotak memori ku lantas ku simpan dalam buku bernama diari dalam hatiku. Sungguh dadaku sebak mengenang semuanya...sungguh jauh sudah kita tinggalkan zaman gemilang itu...
Petang tadi, salah seorang sahabat yang akrab telah sah menjadi isteri kepada kekasih belahan jiwanya. Cinta yang disemai empatbelas tahun dulu; alhamdulillah telah diikat dengan janji sebuah perkahwinan yang suci. Tangan kadi digenggam erat, dengan hanya sekali lafaz lantas gugur gelaran cik di pangkal depan nama nya.
Cinta itu walau pernah diuji Allah dengan sesuatu yang terlalu pahit namun kalau sudah Dia tetapkan; tidak pernah akan ada satu makhluk yang mampu mengubahnya. Jodoh itu sudah tertulis sejak di Loh Mahfuz; sebelum roh ditiup ke jasad. Usah gusar kalau terus diuji, kerana yang di depan pasti bahagia menanti jika sabar dijadi peneman.
Kami kini sudah semakin dewasa. Ada yang telah berkeluarga kini. Ada yang telah merantau jauh. Aku di sini, kau di situ, dia di sana...namun jarak tidak pernah jadi batas untuk kami terus berusaha kukuhkan persahabatan ini. Kerana kami telah diajar oleh masa lalu. Yang suatu ketika dulu telah kami kongsi semuanya bersama. Masih berkongsi sehingga ke saat ini...dan insya Allah hingga ke akhirnya.
Teman, aku rindu kemesraan itu. Saat2 manis itu. Kesemuanya!
eryantierdabdulkarim
babe...ape hal ni? tetibe je emo..huhu =(
ReplyDeletelove u! =)
Tula tiba2 jak semlm suma yang kita went thru dr mula jmpa di wisma YS...perkampungan, outing, keluarga angkat, lepak tepi jln makan burger, pinjam2 baju kurung utk ceramah LDK etc. Mau kau aku xmeraung. Lain klu kita jarang jmpa xpa jg, ni almost every month jmpa update. Lagilah terasa weiiii. Huhuhu emo jap. Love u too beb.
ReplyDeletejangan ko buka cerita YS..ketawa ada, menangis ada...
ReplyDeletesioknya masa lalu...
love u babe! walaupun aku lain gang sikit zaman YS (gang undercover yg malu join kamurang yg glanour :D) tp what I've went through with you and the rest after YS era is wonderful. I am glad to have all of you.. n you.. mwuah!
ReplyDeleteErnie: Yaaaaa full of memories. I so love them. Xmau trade with anything, chop. Siok brabis.
ReplyDeletePijut: Eeee glamour taik ayam ada. Ko tu sumbung xmau kawan kmi. Ala sepa dlu ada abg agkt senior ah...kmi ni xkena pandang ba kan Ernie. So kmi2 jak melepak SS. Hohoho. Tapi best dlu...specially time terima elaun di dewan makan. Auwww.
wewe..walaupun aku ni x brapa join korang tap aku still remember all of you.kawan-kawan tem menangis n ketawa di YS..teringat tem mula2 kita dikumpulkan n mula berkenalan.tup-tap dah ting 5 n abis rupanya..
ReplyDeleteSaerah!!!! Ko bah ni kan. Harap2 tekaan aku betul ah. Eh ko mmg jarang join kami abis kami ni malar bergosip, pastu usha org2 hensem. Wakakakaka bila igt2 balik ntah sepa jak yg hensem kami tgk2 tu bah. Ya bah kenangan kita sgt2 lah byk. Tu yg aku menangis klu diigt2 tu.
ReplyDeleteya bah..aku rasa tem yg kita semua together rapat tem kita form 5 kan..tambah lg kita satu dorm tem cuti yskl..aduh..lagu ni memg memberi kesan.kalo dl aku 'homesick' d asrama mesti aku nyanyi lagu ni.pelan2 hilg 'homesick' ku tu..kuang2x
ReplyDeleteAku rsa time F4 ba tu...sbb time tu kita xda aktiviti time pkampungan. So outing sukati, aunty pn ok jak. Then time F5 kita lagi rapat sbb blk2 ada tuition. 1 class. Rindu eh kenangan dlu. Time F1 jak la aku beria nyanyi lagu tu bila homesick...pastu lupa diri sbb outing p KL ja keja aku. Hahaha.
ReplyDelete