Shoot

Shoot

1 July 2011

Alhamdulillah


Aku terima semua perubahan dengan redha. Bukan pasrah.

Aku terima semua umpat keji itu dengan redha. Sebaik2 Pendengar hanya Dia.

Tempat aku mengadu. Berkeluh kesah. Menangis.

Tempat aku mengucap syukur bila hidup disiram rahmatNya. Juga bila hidup ditimpa musibah.

Aku terima keadaan yang sengaja diadakan untuk buat aku gundah gulana.

Aku tidak hilang apa2 kerana Dia ada. Selalu ada walau seringkali perintah Dia aku abaikan.

Benar aku sedih. Benar aku kecewa. Benar hatiku patah. Benar jiwaku remuk.

Namun aku tahu ujian ini punya keputusan lebih baik. Warna warni.

Perbuatlah apa sahaja kalau itu bisa buat hatimu puas. Lega.

Perbuatlah apa sahaja kalau itu bisa buat kau berdiri megah. Berasa menang.

Aku sudah muak. Imun.

Katalah apa sahaja. Katalah aku hanya bermain kata menyembunyi rasa di hati.

Biarlah. Yang utama Dia tahu tanpa perlu aku hurai panjang lebar.

Ya, Dia sentiasa tahu. Tiap detik & saat.

eryantierdabdulkarim
110701