Shoot

Shoot

26 July 2011

Belum Settle

Alhamdulillah. Kelmarin; aku berjaya harungi perang berdepan diri sendiri. Berjaya menapis godaan nafsu. Aku berusaha mengelak dari zina mulut, telinga & mata. Juga berusaha keras memelihara hati. Insya Allah, asal niat itu baik tentu Dia akan tunjukkan arah. As for yesterday, aku berharap perjuangan itu mampu hasilkan buah manis untuk jadi bekalan di 'sana'. Tetapi itu sudah pasti perlu diiringi Izin-Nya.

Aku kurangkan perkataan yang dituturkan; bimbang kalau asyik berborak fitnah & umpat akan terlahir. Aku diam memilih melayan diri semata mengelak mendengar perkara yang bukan2. Aku bagi amaran keras sama hati, hentikan segala rasa yang binasa. Aku cuba hindari mata dari menatap yang bole jerumuskan aku ke lembah zina. Aku manusia biasa, dosa itu sudah sebati dengan jiwa. Dosa itu boleh diibarat vitamin mujarab di kala leka.

Kerana itu Allah perintah hamba-Nya berdoa. Tunduk & memohon seikhlas mungkin. Aku tidak tahu tingkat mana Dia letakkan perjuangan aku kelmarin; namun aku yakin Dia Maha Tahu segalanya. Dia yang Maha Adil; pasti setiap satu akan dikurnia balasan. Paling tidak dijadikan kifarah atas dosa yang menggunung tinggi.

Syukur hari ini juga aku menang berjuang. Tengah hari tadi, bisikan si Laknat begitu kuat mengigit sanubari. Entah apa yang disaran aku perbuat. Mujur sempat aku sedar tujuan aku isytihar perang 6 hari ini. Yang aku kesal, aku terlanjur melontar ayat yang sia2. Kerana asyik dengan gembira; lena diselimut suka; aku biar diri memesong arah. Wahai sang mulut, lancang kau muntahkan perkataan. Lupakah kau, sedari fajar anggota yang lain sudah berpesan...jaga kelakuan; jangan celupar; jangan lupa 'diri'.

Esok aku ke medan perang lagi. Aku berdoa agar punya kekuatan menepis segala yang datang menghalang. Insya Allah, Dia ada jadi Pelindung & Penolong.

Yang fakta kini, perjuangan ini BELUM SETTLE. Harus selesaikan segera cepat. Sudah lama jadi penangguh; sudah terlalu lekat dengan sifat suka berdalih suka beralasan. Cepat dong Bie...ndak kan tunggu masa dijemput baru sibuk itu & ini.

eryantierdabdulkarim