Aku dikata tidak baik
kerana aku menjadi aku
Aku dikata tidak baik
kerana ingin ku tegak
benang yang kering
Aku dikata tidak baik
kerana semua kelilingku
tidak suka sesuatu
yang drastik
Aku dikata tidak baik
kerana ku kerat talian
yang bagiku tiada berbuah
Aku dikata tidak baik
kerana jalan ku cara ku
tidak sealun mereka
Aku dikata tidak baik
kerana cuba untuk
jadi yang bukan selalu
Aku dikata tidak baik
kerana arus moden
bukan teras diri
Aku dikata tidak baik
kerana luahanku
dikata menikam hati
yang merasa pedas
cili ilusi
Aku dikata tidak baik
kerana punya 'suara'
berbeza
Aku dikata tidak baik
kerana mereka rasa
layak berkata
...kerana mereka itu punya hati
umpama kristal;
telus & jujur.
...kerana mereka itu pasti
yang tidak sehala
yang berbeza
bukan dari golongan baik.
~miss err~
x0x0
hugs*kisses
sigh
ReplyDelete