Shoot

Shoot

20 October 2010

Nota untuk Cik Err

Adalah dalam mood yang nak meroyan sangat. Jiwa ni dah macam dilanda tsunami. Inhale exhale. Perlu tenang babe. Masalah takde nak settle kalau kau terjerit terpekik terlolong macam orang gila sorang2. Ok fine, tu cara meditasi di kala keseorangan. Agak2 tensi tu sedikit releaselah kan. Hmm selagi takde nyawa or hati terlibat then it should be ok.

Pas pe'el kurang siuman ni diletuskan...sila kembali kepada kondisi asal akal anda. Waras. Nak atau tak, kena telan. Kena paksa telan. Harus. Apa cara sekalipun, kena jugak! Alaaaahai...benda ciput je pun kau dah nak kalut kan. Come on babe; it's not like it's the end of the world.

Seluas alam ni untuk disyukuri dinikmati...apa kes kau pilih untuk retakkan jiwa semata2 benda tak berfaedah tu? Akal ada wei! Sila tahu untuk guna. Kata hati pun dah kuat arah kau abaikan. Tapi kau saja nak berdrama bermelankoli lah bagai kan?

Tak baik ok seksa jiwa batin bakul raga macam ni sekali. Lorong kau lalu sekarang ni serius tak gelap macam yang hari tu. Serius tak berdebu...tak berlubang...tak berbau hapak. Ala setakat pebbles here & there...itukan namanya hidup.

Kalau jalan tu luruuuuuus je...takde halangan itu ini...takde traffic light(s)...takde road block. Sah2 sampai kau hembus nafas paling last pun kau takkan tahu makna hidup. Lagipun jalan yang lurus takde halangan lah bagai tu cuma ada kat dunia nan abadi. Syurga. Haa kalau kau wish mati sekarang...jangan berangan dapat access direct ke sana ye. Yang berkati2 kau pikul kat bahu...yang kau 'duk tambah kat neraca timbangan...yang 'bodyguard' kiri kanan kau catat everyday tu...perlu penilaian.

Tengok keadaan kau...aku rasa mau hangus badan berjuta kali baru kau merangkak masuk syurga. Yes, merangkak! Tu pun kalau berjuta....kalau berjuta juta juta juta? Muka pun aku rasa dah takde rupa sebab hitam berarangan. Ntah berapa lama baru catatan kiri tu boleh hapus. Ntah bila baru timbangan belah kanan tu dapat balancekan yang belah kiri.

sigh Kau kan pompuan...nak je aku hempuk kepala kau dengan kayu besbol. Biar bagi otak tu gegar lebih sikit...baru kembali normal agaknya.

Aish sila abaikan kisah menungan nan tragis ni ye.

x0x0

No comments:

Post a Comment