Assalamualaikum. Selamat Sejahtera.
Tetiber lak jadi formal kan. Semalam jiwa masih dalam mood separa kacau. Balik dari cafe, pas settlekan urusan peribadi aku terus terjun atas katil nan empuk...dan bermulalah aktiviti membongkang. Takde lama sangat pun aku proses liur basi tidur. Kepala adalah berdenyut tahap cipan, paling haru jari jemari menggeletar. Nak kata lapar, aku rasa breakfast tu aku melantak macam orang tak makan seminggu. Hmmm...sebab tak nak gastrik melawat lagi, aku pun rela hati lantik diri jadi chef peribadi diri sendiri. Boleh?
Harus masak ala kadar sebab kang aku masak vavavum...in the end, sendiri yang parah menghitung kalori. Giler harum maggi goreng laksa & daging burger Ramly* yang aku masak. Perut serta merta menyanyi riang...lapar beb.
Takgi memane pun malam tadi. Duk tercongok depan Asus; kekonon niat suci murni nak edit gambar. Tapi tak sampai pun 1 jam...aku gave up. Tetiber lak muka 'dak Stefan, Damon & kawan2 diorang yang muncul kat screen. A'ha u got it right...adalah menonton
The Vampire Diaries
buat kesekian kalinye. I told u before...aku kalau dah suka, ribu kali main pun tak kisah. Tu tak include kalau aku suka certain scenes...mau aku duk ulang tanpa jemu. Kalau Asus boleh bercakap, memang dah lama aku kena sembur. Pedulik, janji aku tak kacau hidup orang. Tak sabar nak tunggu Episod 6...giler sentap jiwa aku setakat dapat tengok promo kat youtube. Less than 3minutes plak tu. ugh 4 more days...sabar sabar sabar.Ni dinner aku untuk arini...same menu as last night. Semalam lapar sangat aku tak sempat snap gambar. Patty Ramly* dah abis hence the cabbage as alternative. Craving for maggi laksa these days...2 malam berturut ok aku melantak menu yang sama.
Pagi tadi, bangun awal. Breakfast ngan mother, Bungsu & kazen mazen kat Wan2. Tak jadi join Ijal, Kizzy & Norman membreakfastkan diri kat Gaya St. Sorry prens! Pastu melencong gi kedai 2020. Alkisahnye nak betulkan hon si Kens yang malu nak bersuara. Tapi hampa bila orang kedai tu cakap hon tu dah rosak tak boleh pakai. Jawapan paling tepat, kena ganti hon baru which will cost RM70. Sebab aku dalam bulan tua...maka kenalah tangguhkan dulu niat nak beli hon baru. Bertuah si Kens ni...in less than 3 months, dah banyak benda baru dia dapat. Insya Allah Fuchy tak buat perangai macam tu. Barang local lah ni harap nama je lebih. Standard; nan ado. Mensampah!
Lately aku macam kureng mood nak lepak on weekend. I preferred to just stay at home. Do my things. Tadi kekonon nak gi basuh si Kens & si Orenj...ended up aku 'membasuh' atas katil. Perasaan mengantuk yang tak terbendung beb. Plan nak ke Tg Aru pun ke laut gak! Kononlah nak tengok sunset yang dah berkurun aku tak tengok. Nangis darah jelah tengok sunset sipi2 dari tingkap rumah aku. Sesungguhnya aku rindu giler nak lepak tepi pantai...lari2 anak ala2 comel...pastu witness langit bertukar warna...uhuk. Nak hantar signal kat my PPGs lah macam ni. Plan gi pulau aritu pun belum tertunai...since cuaca macam dah makin ok, I guess it should be no problem for island hopping in one of these days.
Ok yang ni sesi mengada. Kekonon nak update pasal benda paling recent aku beli/dapat.
Far left: Multi-hanger untuk shawl aku yang berlambak. It's in pink-blue & that made me grinned more. Thanks to Dot who sent it all the way from Kolumpur. My mind is mess-free by now. Before ni, harus muntah darah tang nak melipat shawl nan banyak tu.
Center: Buku aku beli online. Baru je sampai last week. Ayat dalam buku ni best sangat. Kira sesuai ngan jiwa aku...meresap masuk tanpa gangguan gitu.
Far right: Gift from my bro's friend. Dia cakap kat aku, tujuan utama beli tu sebab it's pink. Combination pink + gold harus lawa. And that reminded her of me. And how sweet is that? Ngeh~~walau aku dah jarang bergaya sakan ngan aksesorilah bagai sekarang ni...it's the thought that touched my heart.
I'm indeed surrounded by beautiful people who care & love me. Juga suka bagi hadiah, tu yang part paling best giler. Therefore I ain't entitle the privilege to ask more from Him. Healthy life, great family + friends...syukran.
Ok perlu beredar ke tugasan asas. Pilling clothes need to be folded.
p/s Grunge, told u I'm gonna do this. Sure u love it right.
x0x0
part atas sekali aku suka...makan2...hehehe
ReplyDeleteOh harus!
ReplyDeletekenapa sya rasa ganjil baca this entry? hmm lol
ReplyDeleteCute kan Mel. Ngeh~~
ReplyDelete