Shoot

Shoot

5 July 2010



Jiwa sedang kacau...tiba2 perasaan seakan meruntun di waktu ini.

Kepala juga pusing...entah atas dasar apa. Belum jumpa jawapan pasti. Akan ku khabar bila sudah berjaya ku genggam.

Waktu ini, mata terasa pedih. Juga tidak pasti, adakah air jernih akan mencemar kulit muka ku. Yang aku tahu...lohong dalam dada ini makin besar. Siapalah gerangan empunya senapang yang berjaya membolos tembok kebal yang ditugaskan untuk melindungi hati aku ini.

Mahu blame sama hormon...aku sudah seminggu datang bulan. Mungkin juga ini post menstrual. Bahagia jadi wanita. Kalau rasa ndak ketentuan...ndak menepati citarasa...imbangan hormon selalu jadi life savior. Paling utama & reliable lagi.

Harap fasa ini cepat berlalu. Payah bernafas dengan dada yang ketat...udara langsung tembus di lohong. Belum sempat rasa oksigen yang dibawa.

No comments:

Post a Comment