16 July 2015

Turkiye Day 2 - From Fendo to Paprika

Assalamualaikum. Marhaba.

Previous entry here

Sebelum sampai hostel, singgah Simit Sarayi. Selama 2 hari di Istanbul, aku jadi pengunjung tetap pastry shop ni. Like seriously, adalah paling rugi total kalau skip 'lawatan' to pastry shop when u're in Istanbul. 
# One of the branch at Istiklal Caddesi.
# Aku bisa gila bila tengok semua ni.
# At one of the many pastry shops in Taksim. Buta mata, buta hati tengok semua ni. Am literally spoil for choices! *tarik rambut*
# Among the 'jajan' that I bought everyday while I was in Istanbul. Oh yes, kacang dia memang banyak macam tulah in every bar. Ni bukan setakat marketing strategy ka apa. U definitely get what u see. 
Ok, sudah habis memborong jajan lebih kurang maka tibalah masa untuk balik pi hostel. From the shop, jalan kaki in less than 5 minutes jak. 

Please bear in mind, aku start 'ukur jalan' di Istanbul since early in the morning. Brunch di Sultanahmet, then walkertapaki dari Gulhane Park to Eminonu, joined the 1.5 hour Bosphorus cruise, menapak naik the hilly terrain to Galata Tower, walkertapaki from Kabatas to Ortakoy for nearly an hour. So haruslah PALING LOGIK once sampai hostel, aku mau rest yang betul-betul rest. Yes? 

Sampai entrance hostel, aku nampak the owner whom I didn't get to meet the night before. Sebab aku kan sampai lewat & was only greeted by her staff. Macam mana aku recognize dia? I saw her pics in booking.com. Masa aku melangkah masuk, suddenly she called me. She smiled at me but at the same time muka dia kerut seribu as if masalah besar had just happened. Walau penat gila, aku gagahkan diri juga pi mengadap dia. Dalam kepala, otak aku ligat cari sebab musabab kenapa muka dia gelisah gitu. 

First, aku ingat beg aku kena curi. Tapi rupanya masalah lagi besar jadi. Rasa macam kena hempap bangunan pun ada when she said 

"Miss Karim, I've been trying to reach u since morning. But I cannot. Sorry but u have to check out from this hostel tonight. We are fully booked for tonight. The girl who is supposed to check in after u cannot do so because ur belongings are still in the room. But lucky she went out this evening & will be back before midnight. U have to check out now so we can clean the bed for her. We are truly sorry."

Agak-agak apa aku rasa masa tu? Seriously! Memang rasa mau teriak tapi menangis jauh sekali. Aku ni penat hoii! Dapat news bangang macam tu, dia expect aku akan lompat bintang menari twist ka? It was bloody 1130pm! Kepala aku ni sudah 80% shutting down tau. Yang aku tau masa tu mau naik bilik, mandi & makan. And tidur! Bukan dengar cerita bertajuk 'Kau kena check out sekarang." Apa kes dia boleh cakap ndak dapat reach aku the whole day. Apa dia ingat semua orang activate roaming ka masa travel? Apa dia ingat semua orang akan ada internet connection masa travel?

Aku tarik nafas panjang, pastu slowly aku duduk depan dia. I took sometime to search for the best ayat to say to her. Aku betul-betul blank & blur masa ni. Finally I managed to 'screamed' the word WHY.

"Because, we couldn't processed the credit card details u provided to secure ur booking. I have email u regarding this matter, yesterday. Since I don't received ur reply so I assumed u cancelled the booking."

Memang gila! Ntah email apa dia cakap aku ndak tau. Langsung tiada! Aku ni jenis check email every time ada internet connection pasal tu aku yakin 100% that I did not get any from her. And setahu aku, according to booking.com credit card details tu cuma untuk reference. Lagipun sebelum aku decided untuk book, aku memang pilih hostel yang ndak charge or pre-authorize credit card untuk rental. This hostel terang-terang cakap, pay cash upon check in. No booking or credit card fees! 

Credit card details tu memang valid masa aku booking. Tapi kan ada kejadian credit card aku involved with fraud case sometimes last year. So aku teruslah cancel card tu. No more credit card. Tapi! Kalau pun sebab details tu penyebab aku terpaksa check out that day, apa kes kena halau lepas aku stay 1 malam. Kan??!?!? Aku sampai the night before, staff dia memang tunggu aku pun. Siap tulis nama di lengan. Siap ada kunci. Siap tau nama aku. Fyi, reservation aku di Denizli & Goreme langsung tiada masalah! Padahal aku booked guna the same credit card. 

"Last night, my staff just had to let u check in because u're a girl. He was afraid u might not be able to find another hostel & it was already late at night. But today cannot. Because the girl will be staying here for a week."

Macam kambeng kan alasan? Cakap jaklah kau sudah terima booking yang lagi lama dari aku. I booked for 2 nights but that girl booked for a week. Jadi kau ndak mau rugi, hence u cancelled my booking dengan alasan yang bongok. Mula-mula aku terima jak alasan dia pasal credit card tu, tapi bila aku perasan cerita dia macam bertunggang langgang...memang ndak lama aku terus dapat hidu permainan busuk dia. Dari pagi aku punya jatuh chenta sama Istanbul but why did u have to tarnished everything? Penutup hari pula tu.

"But nevermind. I already did u a favor. I helped u find another hostel. I called my friend & he told me they have room for u. But it is not a 4-bed female dorm. It is a 6-bed. Good news, there will be only 3 guests in the room tonight. Including u. It is not far from here. Only a block away. I will walk with u to the hostel. The rate is also cheaper than here."

Kan? Kan? Did me a favor? Memang harus pun kau cari hostel untuk aku. Bukan aku yang cari pasal. Aku memang langsung tiada kudrat untuk lontarkan marah. Ndak mampu! Aku betul-betul penat. Sobs. Then minah tu cakap-cakap lagi, sambil tekan kalkulator, dia explain itu ini. Ada lah dalam 2 minit dia bercakap. Aku memang ndak pay attention sudah masa tu. Mata aku sudah half-katup. Sikit masa lagi memang melayang kumpir di muka dia. 

"JUST TELL ME HOW MUCH I SHOULD PAY. I AM VERY VERY VERY TIRED NOW. I REEEEEALLY NEED MY REST. TELL ME HOW MUCH. I WANTED TO PACK MY THINGS ASAP." 

Suara aku memang sudah meninggi. Tapi masih dalam kawalan. If I vented my anger, risau juga aku dia suruh bonzer dia baling aku keluar dari hostel tu kan. Ndak terkontang-kanting si Err cari hostel sendiri di tengah malam buta? Survival skill ka apa ka, memang semua sudah shut down saat ini. Aku penat!!!! Dalam marah, sempat kan aku pertimbang baik buruk segala. Pffft!

Lepas buat bayaran, aku naik atas. Nasiblah aku ada bawa extra backpack kecil, so aku campak segala barang yang aku sudah keluarkan the night before dalam beg tu. Dorm adalah kosong masa aku packing tu. Jadinya sambil packing, sambil aku menyumpah seranah. Rasa mau jak aku terbalikkan katil & locker masa tu. Buat pedajal sikit. Kalau aku kumpul segala kudrat yang ada, memang boleh jak aku laksanakan apa yang hati aku suruh. Tapi buat apa? Setakat puaskan hati sendiri? Macam bingai! Lagi bagus cepat-cepat berambus dari hostel J to the Nam ni. 

Sampai lobby, minah tu sudah siap tunggu aku. Pastu dia bawa aku pi hostel yang baru tu kunun. Tanpa offer untuk tolong angkat bag. Mampu? Walhal depan belakang aku hangkut backpack, plus sling bag lagi. Tangan kiri kanan pegang paper bag simit. 

"Miss Karim, I put u No Show in the booking.com web. So they won't charge me anything. If they call or email u, just tell them u decided to change hostel last minute."

Mangkuk hayun! Turun naik jak dada aku tengok minah bestari tu. Kaki almost gave up jadinya aku cuba fokus untuk gagahkan kaki. Jarak satu blok rasa macam 10 km masa ni. Aku cuma sempat bagitau dia, macam mana dia assume aku cancelled booking tu padahal few days before check-in date aku siap email bagitau aku akan sampai lambat. 

"Ohh, I remembered ur email. Ya, ya I remember. Strange isn't it u didn't received my email regarding the credit card details. Many of my guests said the same thing. They didn't received email from me. I think I have to check my email setting."

Ndak payah check email setting. Check dulu otak kau yang wayar otak sudah berselirat tu!!! Fuh, memang lepas soalan last tu aku terus diam seribu bahasa. Sedar-sedar jak kami sudah sampai depan hostel. Itu ini itu ini, ntah apa dia kelentong owner baru tu...teruslah dia say goodbye sama aku. Tadi janji sama aku, kalau aku ndak suka hostel tu...kami akan cari hostel lain. Ini tiada pun dia tanya aku ok ka tidak, bilik pun aku belum tengok...tiba-tiba goodbye! Hancur betul perangai hoii! Aku pasrah. Yang penting, dapat bilik. Ada katil untuk aku berehat. Walau terpaksa naik tangga Harry Potter sampai tingkat 4! 
# My room. 
Upon entering the room, I was surprised! It was an 8-bed dorm. And no one inside! 

"U have the room all by urself tonight."

Fuh! Blessing in disguise I must say. The night before risau macamana mau susun barang tanpa membuat 'huru-hara' di kawasan selain katil. The night before aku complain bathroom yang terpaksa share sama budak-budak dari Male Dorm. Alhamdulillah, dapat dorm yang kosong. Pastu en-suite pula! Harga murah some more! Terus rasa mau guling-guling atas lantai. Tiba-tiba penat hilang. Lantas (?!!?), aku senyum sendiri. Baring atas katil sambil layan upload gambar seround-dua. Wifi free & super laju. Then mandi sebab baru perasan perut adalah lapar.
# Dinner-supper kumpir! Inilah kumpir-ndak-semengah aku. I chose cabbage, mushroom, extra cheese & extra spicy sauce as my toppings. Yumms!
Sedih tau tengok rupa kumpir ni, macam baru lepas dilanggar kereta sorong. Patut makan masa panas-panas, tapi aku makan kumpir yang sudah sejuk-beku. Ni semua gara-gara minah bertuah Fendo Hostel tu. 

Habis makan, aku pun baring. Lega gila dapat rehatkan segala anggota badan. Tilam pun ndak keras sangat tapi lagi empuk tilam di Fendo sebenarnya. Tettt! Sambil tunggu masa beradu, sambil berwhatsapp sama bestie. Haruslah meluah rasa. Luckily masa tu di Malaysia sudah jam 8am. Awal bestie bangun melayan keluh kesah ku. 

Malam tu aku sengaja pilih katil dekat dengan heater. Sebab temperature dropped to 3'C. Aku ndak tau jam berapa aku tertidur tapi aku terbangun sebab aku mengigil sejuk. Check heater, langsung ndak berfungsi. Lantai pula memang tiles, langsung tidak berkarpet. Lagilah triple sejuk. Dalam sejuk tu aku pujuk diri untuk tidur tapi gagal. Lastly, aku gagahkan diri turun pi lobby. Aku dengar suara owner hostel berborak di luar pintu, syukur! Mula tu aku bagitau pasal heater, then dia suruh aku turn on switch dalam dorm tu juga. Siap dia tunjuk mana kedudukan switch tu. Sampai bilik, nan hado switch tu. So aku turun lagi sekali. Dalam sejuk gigil, dengan tangga spiral tu lagi. Memang menguji sabar. 

"Oh the dorm u stayed, the heater is centralized. Sorry I forgot. I turn the heater for u."

Mampu bagi alasan gitu? Padahal masa bagitau heater tiada, dia siap quote nombor bilik aku. Pasrah. Aku pun naik bilik balik. And dalam 10 minit later, bolehlah rasa heater tu berfungsi. Tapi kena baring super dekat sama heater baru dapat rasa haba. Aku siap 'peluk' heater tu ok. Mau buktikan betapa 'berfungsinya' heater tu. Selimut 2 lapis, sweater 2 lapis, siap sarung jaket...still aku gigil. Stoking? 3 lapis aku pakai. Alhamdulillah though for I managed to get back to sleep. Lena jugalah tidur lepas tu. 

Aigoo! Ndak sangka akan berdrama di Istanbul. Suddenly rindu rumah sangat-sangat malam tu. Kalau Bunda tau, mesti jadi bahan. Ndak pernah kejadian meronta rindu rumah sepanjang aku jalan-jauh. I didn't tell her what happened to me when I was still there. Takutlah nanti risau melantun pula kan. Hence I told her after I got back.  

Indeed, this is one of the most memorable experience for me. Looking back at it now, I could only laughed at myself. Yet, perasaan untuk sumpah-seranah minah Fendo tu still exist. Aku rasa ndak akan hilang rasa tu sampai bila-bila. Walau aku bersyukur dapat dorm kosong lepas dihalau. Sebab aku ndak kan lupa betapa sejuk gigil aku tidur malam tu. Walau tidak segigil si Meng tidur dalam khemah di Mongolia aritu. Yang tu kalau jadi sama aku, haruslah aku ndak kan fikir panjang. Terus ketuk khemah owner; ketuk sampai roboh.

Gitulah kan panjang lebar huraian drama aku di Istanbul. Maybe untuk certain orang, benda tu remeh jak. Tapi bagi aku, benda gitu memang memerlukan balancing emosi yang tinggi. Mainan jiwa betul kejadian gitu. I didn't say I managed to control my anger; aku kan still menyumpah dalam hati. But I am glad I didn't say much to her. Sebab kalau ikutkan hati, memang aku mau lepas segala rasa marah + penat sama minah tu. Nasiblah dalam rasa marah, masih mampu berfikir sedikit waras. 

Hopefully janganlah jadi benda gini lagi di masa depan. Rasa paling sengal tiada ampun. Penat kawal emosi as well.

eryantierdabdulkarim

Categories: , ,

13 July 2015

Turkiye Day 2 - Galata Tower / Taksim / Ortakoy

Assalamualaikum. Marhaba.

Sambungan previous entry (here). 

Sudah puas cuci mata sepanjang Galata Bridge, tibalah masa untuk menunaikan misi si Err + Ernie. Mencari tangga lawa on the way pi Galata Tower. We both saw it in the instagram; teruslah both pun "Mari cari ni...".

Aku? Haruslah excited, kunun mau ada gambar macam tu juga untuk upload di instagram. Ndak mau kalah! Jadi marilah kobarkan diri menapak pi Galata Tower.

5 April 2015
Karakoy, Istanbul
# Dan sesi mencaci diri sendiri pun bermula! This! This! Adalah 45' steep!! 
# Credit Image to LavishTurkey
Untuk makluman, misi adalah GAGAL. I was supposed to take picture of that stairs (refer picture above)! Tapi ntah signboard mana aku ikut, instead of taking the stairs...aku menonggek panjat that uphill street! Nasiblah on the way up to aku sempat singgah kedai souvenir. Bought few fridge magnets at a super great bargain. Kaitan misi gagal sama beli FM? Hmm; kegiatan menghappykan hati that is. Mau tanya yang jaga kedai tu tapi aku pula tiada gambar tangga tu. He just pointed his finger 'up' when I asked him where the Galata Tower is. 
# Finally! Dari pagi aku cuma cuci mata tengok kau dari kejauhan. 
Lepas round tower ni lebih kurang, aku duduk rehat at one of the benches near the tower. Rehat lagi? Nampak sangat kertu sudah kan. Ala melepas lelah oii. Gila penat mendaki dekat 10 minit! Sambil lepak, sambil mengunyah bread. Kerja aku memang mengudap jak di Istanbul haritu. Ndak pernah tangan kosong berjalan. Mesti ada pelestik filled with 3-4 simit. Dasar perut ada naga kan.
# Going down. Sengaja ambil jalan lain. Alang-alang ndak jumpa tangga, ikut jaklah laluan batu ni. Sobs.
# Other part of Istanbul. 
# Buildings lepas Galata Bridge; yang opposite Eminonu & Sirkeci etc...banyak abandoned buildings macam ni. 
# Karakoy
Sebenarnya turun dari Galata tu, aku memang melencong dari route sebenar. Ntah jalan mana jak aku ikut. Nasiblah instinct kuat. Kasi jadi laut tu as benchmark untuk tanda arah. Alhamdulillah jumpa tram station. Ter-corner sikit jak dari laluan yang aku ambil untuk naik. So next adalah untuk balik pi Taksim. I need to buy a bus ticket to Denizli. Esok malam lepas meronda Istanbul, I will bid goodbye to this wonderful place...and move on to other part of Turkiye. 

Memandangkan malam tu memang mau pi Ortakoy, jadinya aku beli jak tiket di Taksim. Ndak payah pening banyak. Lagipun Merengmate telah dengan baik hati 'lukis' peta untuk aku the direction to Kamil Koc office. 

Taksim, Istanbul
# Ataturk Cultural Center (AKM) focal point of Taksim. 
Kay! Tu antara bangunan moden yang saya sempat spot kat Istanbul. 

Tapi pusat ni sudah tutup since 2008 lagi. Bangunan ni sebenarnya model bangunan mesra-alam, Last couple of years ada cadangan untuk meruntuhkan bangunan ni. Kunun tapaknya nanti mau didirikan opera house yang lain & juga masjid. Hmm, that decision when Erdogan was still holding the office. Bagus betul dia ni, slowly dia cuba 'luruskan' apa yang sudah si Ataturk 'bengkok' kan sebelum ni. Getting rid of anything Ataturk's gitu. And also anything yang Presidents sebelum Erdogan juga. 

Ngeh! Balik dari Turkiye haritu, semangat ok baca sejarah diorang. Terus jatuh cinta sama cara pemerintahan Mr Erdogan ni. Salute!
# Jumpa tempat ni without sesat. Bravo Bie!
Direction to Kamil Koc, Taksim: Facing the AKM, follow the right side. Walk straight & akan jumpalah bangunan ni on the left. It is just opposite the road. Boleh nampak Park Bosphorus Istanbul Hotel seberang jalan. 

Dapat tiket, aku pun laju-laju naik funicular untuk turun pi Kabatas Station. Mula tu rancang mau walkertapaki jak macam si Aza tapi masa adalah sangat penjeles. Matahari yang suam-suam kuku cahaya pun sudah mula mau berlabuh. Jadinya haruslah semua mau cepat. 

Sampai Kabatas Station, aku ndak keluar ikut laluan tram. Sebab bukan mau naik tram. So ikut laluan yang bukan Tramvay. And once sampai di luar, aku buat keputusan untuk walkertapaki pi Ortakoy. Kunun sambil menikmati angin laut sebelah kanan. Sambil boleh cuci mata tengok keliling. Sambil itu, sambil ini. Plan berapi-api. Kunun ndak mau ikut Merengmate yang naik teksi pi sana sebab aku ingat dekat. KUNUN! Rupanya sudah silap percaturan. Bila ingat balik, sungguh super bijaksana decision aku petang tu. Sampai sekarang terngiang-ngiang kebijakkan diri. 
# Abang Polis sado-sado naik motor besar ramai-ramai. Mau pigi manakah senja-senja begini??
# Dolmabache Palace 
Dari Kabatas Station, bangunan ni first aku jumpa. Tepi laut jak. Angan-angan jaklah mau pay a visit sebab sah-sah waktu petang gini sudah tutup untuk visitor. Nyesal hentak kaki ndak sempat masuk. Padahal super cantik dalam ni. Cuci mata jaklah tengok blog orang. 
# One of the entrance gate. 
Jalan dekat 20 minit, masih belum nampak bayang Ortakoy. Pastu aku pi area tebing laut. Mau tengok Bosphorus sea di kala senja katanya. Sambil sedapkan hati ndak lama lagi akan sampai Ortakoy. 
# Europe side. Lampu lip-lap.
# Bosphorus Bridge. 
Bila nampak sayup-sayup jak jambatan tu, barulah aku sedar rupanya Ortakoy tu jauh lagi. Jauh gila! Sebab haritu dalam entry Merengmate, ada gambar dia ber-background-kan that bridge di Ortakoy. And the bridge was super dekat. Tapi yang ni? Hmm biarlah gambar berbicara.

Aku gagahkan diri juga berjalan. Sudah alang-alang menyeluk pekasam, katanye! Ada few places juga aku salah masuk. Ingatkan sudah sampai destinasi jadi dengan yakin pi area dekat tebing lagi. Only to realize that jauh lagi journey untuk menjejak Ortakoy! Bijak bestari sangatkan mau walkertapaki bagai. Dua kali aku tanya guards di hotel tepi-tepi jalan, and both bagitau aku jalan jak ke depan. Pastu muka diorang macam "Biar betul minah ni, jauh lagi hoii Ortakoy tu."

Tabahlah hati. Teruskan juga perjalanan. Dari tempat terang benderang dengan lampu jalan, pastu limpas bangunan gelap gulita, jalan tiada berlampu, dari jalan 2 lanes pi jalan 1 lane & back to jalan besar. Aku kuatkan semangat padahal dalam masa sama punya berbakul sumpahan sama diri sendiri. Sobs. 

Ortakoy, Istanbul
# And finally!!! Reached Ortakoy after 40 minutes (or was it more sebab banyak singgah ambil gambar di tebing laut juga). Alhamdulillah.
# Ortakoy Mosque. 
# Orang baru habis sembahyang Isya'.
Sudah sampai sini barulah perasaan mau terkucil membuak-buak. Mau tumpang toilet masjid tapi bila tengok ramai jemaah keluar dari pintu, lantas si Err malu. Maka masuklah toilet bawah tanah dengan bayaran TL 2. Bersyukurlah toilet di KK ni bayar RM 0.30 jak. 

# Duduk menghadap masjid. Sambil hirup udara tepi laut; sambil mengabaikan peluh di dahi. Yes aku berpeluh di kala suhu ada 11'C. 
# Barulah betul. Sedekat ini.
Sebenarnya tujuan utama pi Ortakoy ni bukan sebab mau ada gambar dekat sama Bosphorus bridge tu pun. Tujuan yang utama adalah...kumpir! Kunun kumpir adalah signature dish of Ortakoy. 

Oh yeah. Thanks to LTECouple of We Got Married; Jae Rim & So Eun. Sebab ternampak betapa selera dorang makan kumpir lah aku pun jadikan kumpir tu 'menu wajib for dinner' on my second night in Istanbul. 
# Berliur-liur sudah bila nampak perkataan baked potato tu.
# Paling win bila depan mata nampak dia gaul baked potato sama cheese. Fuh! 
Selection of toppings pun super meliurkan. Adoi cari penyakit aku ni. Sambil menaip ni, sambil telan liur ok. Regardless berapa pun toppings kau pilih, harga adalah sama jak. TL 15. 
# Ndak pernah tau waffle boleh ada toppings meriah macam ni.
Ikutkan nafsu beruang, memang aku mau beli waffle tu juga. Tapi bila fikir-fikir, membazir pula kan sebab kumpir tu sah-sah akan mengenyangkan aku. So dengan penuh rasa kecewa, simpan jaklah niat untuk meng-waffle-kan diri di malam hari. Sambil janji sama diri, esok lusa boleh try tempat lain. 

Layan cuci mata tengok berjenis-jenis gerai kumpir & waffle. Pastu pi tengok pasar malam Ortakoy juga tapi satu pun tidak menarik di hati. Bukan sebab apa, masa tu perut sudah start buat konsert. Bau kumpir sangat kuat menusuk hidung. 
# Ortakoy kumpir & waffle vending carts.
Sebab aku sampai a bit lambat, thanks to kebingaian diri sendiri hence plan untuk menikmati kumpir sambil facing Bosphorus bridge; layan angin bayu laut adalah terpaksa dimusnahkan. Kumpir aku take-away. Pastu dengan jayanya berkomunikasi dengan Ahjussi yang berjual di pasar malam. 

"Bas, bus, bas-e..." 

Semua bahasa aku keluarkan. Walau bahasa ayam & itik, alhamdulillah dia faham aku tanya pasal the nearest bus stop. Ngam aku lintas jalan, ada bas datang. Ok, Ahjussi telah dengan baik hati jerit sama driver bus & suruh tunggu aku. Something yang aku memang ndak expect. Amca, tesekkur ederim. I thanked him from across the road; siap bow! Mampu?  
# My first local bus ride in Istanbul. Havatas Bus dari airport tu ndak kira sebab tu kategori express bus. Tiba-tiba explain bagai kan!
Sampai Kabatas, aku jadi bingai sebab masa tu sel-sel otak sudah ndak dapat berhubung dengan jayanya. Lapar + penat! Patut aku boleh jak turun tangga untuk pi funicular. Tapi aku yang bestari ni, masuk entrance tram & haruslah kena tapped Istanbulkart. Pastu turun tangga & keluar dari exit Metro tram untuk pi funicular. Amacam, murah hati kan? Free aku buang TL 2.50. 

Sebelum sampai hostel, sempat singgah Simit Sarayi. Untuk top up bekalan bread. Kot lah malam nanti aku kebuluran. Kalau ndak habis, nanti boleh makan untuk breakfast esok hari. Dengan hati riang gumbira, aku jalan balik hostel sebab ndak sabar mau mandi, and mencekik kumpir!

Happynya rasa tanpa ada sikit pun terdetik dalam hati...drama satu malam di Istanbul menanti aku di hostel. Sigh.

eryantierdabdulkarim

Categories: , , ,

8 July 2015

Turkiye Day 2 - Turyol Bosphorus Cruise

Assalamualaikum. Marhaba.

Sambungan dari entry lepas (sini). 

5 April 2015
Bosphorus Cruise 
# Kaunter tiket. Paid TL 12 for the 1.5 hour cruise.
Memang sengaja ndak mau ambil tour yang sampai Prince Island. Masa adalah sangat constraint. Petang tu kena pi office Kamil Koc beli tiket pi Denizli. Sebab aku ndak tau closing hour dia, jadinya aku plan lepas cruise & round area Galata Tower aku akan pi sana. Lagipun memang tiada plan pun untuk menjejak sampai pi island tu. 

Slot cruise aku patutnya jam 430pm. Tapi si Bijak Bestari ni pi naik ferry right after she bought her ticket. That was 30 minutes early! Sebab? Ferry sudah ada & sedang parking. Pastu yang jaga tiket pun ndak halang aku pun masuk ferry tu. Memang tempah penyakit. 10 minit pertama, aku masih ok. Excited ronda ferry. Siap jadi extra friendly sama pekerja di cafe dalam ferry tu. Ambil gambar tiap bangunan yang boleh nampak dari ferry. Selca jangan cakap lah ntah berapa puluh snap.
# Gigih ambil gambar Yeni Camii & Balik Ekmek ship from the ferry.
# Siap order apple tea! Note gelas tu, bentuk tulip tau.
And kepala suddenly rasa biul. Terus rasa terhuyung hayang tiada ampun. Pi belakang ferry, masuk toilet...bluek! Tahniah Bie! Ur very first vomit while travelling. Like seriously, macamana helikopter pun aku di Cambodia haritu langsung tiada lah istilah bluek ni. Penangan kebijaksanaan. Ntah apa jak dalam kepala otak mau masuk ferry awal. Come to think of it now, bagus lagi aku layan Balik Ekmek di jeti. Instead of jadi extra punctual. B to the Ngong betul perangai. At least, selautan manusia di jeti ndak memualkan perut. 
# On the way balik pi jeti. Sempat kan! 
Aku lepak lah melepas pening tepi kaunter tiket tadi. Then bila attendant ferry panggil semua passenger masuk, baru aku join masuk. Tawakal jak aku masa ni. Janganlah ada kejadian melawat toilet lagi. Pening kalu, muntahkan saja isi perut di lautan. Itu bukan kategori mencemarkan laut.
# Ferry leaving the jetty at Eminonu. 
# To niL, aku belanja kau satu gambar. Kau pelik takde gambar aku kan. Sorry lah muka kepam, seharian aku mengukur jalan kat Sultanahmet.
I chose to sit in the center; lower deck. Di luar. Sebab udara kepam kalau duduk di dalam; lagi cepat aku mual. Lagipun kan tujuan ikut cruise ni untuk cuci mata tengok view Istanbul dari laut. 
# Galata Bridge. 
Bawah jambatan tu banyak restoran yang jual Balik Ekmek juga tapi based on what I've read...mostly cost makan di kedai bawah jambatan ni mahal sikit. Tapi selesa lah sebab ada meja & kerusi proper. Unlike kalau beli dari ship tu. Kerusi kena berebut; pastu makan kena cepat-cepat ndak boleh lepak lama sebab ramai orang tengah tunggu turn untuk guna meja. 
# Karakoy jetty; opposite Eminonu jetty. Stopped sini untuk ambil passengers lain.
# Pemandangan di Istanbul. Masjid di mana-mana. 
# That's the Europe side of Istanbul. Too bad I didn't get to go there during this trip. Kekangan masa katanya.
# More of Europe side.
# The famous Bosphorus bridge. First night masa sampai Istanbul, Havatas Bus yang aku naik dari Sabiha Gokchen Airport memang lalu jambatan tu. 
# Asia side. Ni pun ndak sempat jejak. Fuh! Harus ada repeat visit.
Ndak banyak sangat gambar aku masa ni. Sebab ada mamat Syria duduk sebelah bawa borak. Aku ni dalam layan ndak layan tapi dia rancak gila bercerita. Rosak moment mau feeling tengok laut Bosphorus. Nasiblah right after Bosphorus Bridge; when the ferry made a u-turn to return to Eminonu...he went inside. Katanya sejuk! Ndak tahan; gigil gitu. Aku? Well macam Ms G cakap; kulit tenggiling. Haruslah I opted to stay outside. Tapi memang sejuk oii. Dari Eminonu, angin cumalah bersepoi menampar muka. Yang ni, memang angin penampar. Namun gigih juga ndak mau masuk. 
# Right after lintas bawah jambatan, ferry pun buat u-turn.
# Ortakoy Mosque at the Asia Side. Port paling best layan Bosphorus bridge illuminated at night. 
# Dolmabache Palace. My greatest regret was not being able to visit this magnificent palace. Cuci mata baca blog orang jaklah for now. 
Lengkap 1.5 hour, kami pun sampai Eminonu jetty. Laju si Err keluar dari ferry. Takut kalau lama-lama atas tu, huyung hayang...ada lagi sekali buat kunjungan hormat pi toilet. Masa ni nampak Balik Ekmek tapi still ndak bernafsu mau singgah makan sebab orang masih ramai. 

So aku pun naik pi Galata Bridge, and walked towards Karakoy area. Boleh jak ambil tram dari Eminonu but I purposely chose to walk. Naik tram nanti ndak dapat cuci mata tengok keliling. Pastu kena lagi bersesak sama orang ramai. Betterlah walkertapaki jak. 
# Pemandangan atas Galata Bridge. Ramai jak orang memancing, dari pagi membawa ke malam. 
# Hari siang masih panjang. Belum tiba masa untuk sang mentari berlabuh. 
Jadinya kenalah guna masa yang ada sebaik mungkin. Walkertapaki dari Eminonu pi Karakoy adalah dalam less than 10 minutes. Itu ikut kelajuan kaki aku...and keadaan aku yang kejap-kejap stop tengok orang memancing. Sibuk kan mau tengok siapa paling banyak dapat ikan. Ada yang siap sediakan baldi & isi hasil tangkapan diorang untuk dijual. And ada juga yang lepas dapat ikan, diorang lepaskan balik dalam laut. Hmm ragam si tukang pancing. 

Ragam aku si tukang sebok? Ndak sedar pun kaki sudah menjejak Karakoy. Next mission is the Galata Tower. Bukan mau naik tower tu pun, tapi ada misi untuk diri sendiri. Gitu. 

eryantierdabdulkarim

Categories: , ,

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑