17 March 2015

Winter Trip with Family - Namsan Tower & Myeongdong

Assalamualaikum. 안녕!

Previous post (here).

It's our second last day in South Korea! Ureo! Hakikat walau pahit umpama telan paku, harus ditelan. Sobs. Ikut initial plan sepatutnya harini mau pi main ski di Yongpyeong Ski Resort. Tapi yang lain proposed untuk ronda Seoul jak sebab ndak larat mau jalan jauh sudah.

Kunun! Walhal masingmau shopping. Pastu Angah & Aunty request last day pun diorang mau di Seoul jak. Although flight balik Malaysia adalah petang; kami memang ndak plan untuk keluar pi mana2 takut nanti ndak sedar masa. Kalau solo, memang aku akan pulun jalan lagi before pi airport. After lunch baru aku gerak pi airport. Tapi sebab ni jalan secara jemaah, jadi kenalah beringat 'kelembapan' setiap orang.

Pagi tu aku bangun dengan super semangat. Tenaga sudah kembali! Semalam tidur super lena tu yang keluar segala bunyi enjin & musical box rosak. Lantak lah janji I am fully energized to start my day. Bukan selalu aku contribute bunyi sama 'orkestra tengah malam' dalam rumah tu.

So lepas breakfast, kami pun mulakan our first mission. Superwalkertapaki harus! Aku belum bawa diorang jejak Namsan Tower jadinya sebelum mula agenda bershopping, mari kita pi sana dulu. Rugilah kan datang Seoul tapi ndak jejak one of its most famous must-visit attraction. Sudahlah first time diorang datang. Aku ni lain ceritalah. N-Tower pun bosan sudah tengok aku. Asyiklah berjanji yang aku akan datang lagi. Dan lagi. Ngeks.

24 January 2015
Seoul
# Myeongdong Cathedral
Yang ni memang antara favourite filming location. Kami limpas church ni everytime berwalkertapaki pi or balik dari Myeongdong. 
# First time tengok street di Myeongdong lenggang.
Nampak sangat kan bersemangat keluar awal pagi. Second last day katanya!
# Because the store is pink!
Sebelum naik N-Tower, sempat lagi invest duit di Etude House. Macam lah ndak kan jumpa lagi kedai tu di petang hari. Pintar melantun. Sudahnya, aku mengangkut paper bag tu sepanjang hari. 
# My most favourite shop at Myeongdong Underground Arcade.
Nangis woo tengok album retis kesayangan. Murah pula tu. 
Macam biasa, mau pi Namsan Tower kenalah mendaki the uphill area dulu before sampai stesen cable car di atas tu. Aunty yang gayat terpaksa pasrah sama suara majoriti. 

"Kalau Aunty pengsan macamana?"

"Kami kasi tinggal jaklah Aunty. Nanti Aunty sedar juga tu."

Kejam kan suara anak2 buahan. Tapi Alhamdulillah Aunty selamat sampai atas without rasa pening or worst; pengsan. Siap riak lagi ada. Suddenly hilang gayat bila di negara orang. Cis sangat.
# Before the Cable Car station.
Forced to do the Love-Pose by Yours Truly. Tapi semua pun ikut tanpa bantahan!
# Our tickets.
Macam biasa, budak sekolah dapat discount. Half price lagi.
# New locks-fence.
First yang kami nampak once keluar dari cable car. Makin meriah pula area di bawah tower ni. 
# Annyeong N-Tower!
It's been a while, right? Percayalah, hati memang rasa lain macam everytime jejak sini. Dupdapdupdap. *nah baldi*
Kebetulan ada festival apa ntah di atas tu, so boleh try hanbok for free! Melompat girang adalah the three sisters. Ezza & Girl langsung tiada perasaan. Me? Sebab memang sudah set dalam minda ndak kan pakai hanbok until the day 'I decided to finally wear it' so aku cuma jadi tukang gambar diorang. *muntah* 

Gigihlah diorang queued untuk jadi wanita Korea. Nasib baik masa ni awal lagi, so ndak lah ramai sangat orang. Ada 1 Chinese lady ni yang memang dulu kami, dia sudah posing macam dengan hanbok. Segala sudut dekat area pavilion tu dia bergambar. Tapi sampailah Bunda & her sisters returned their hanboks, that lady belum siap lagi berposing. Kesian betul aku tengok siapa yang jadi tukang gambar dia. Nasib juga dia ndak paksa her partner (a guy) to wear the hanbok as well. 
# Wanita Korea zaman Joseon yang sesat.
Kalau King Sejong nampak ni, mesti dia berteka teki dari mana wujud 'aksesori' atas kepala tu.
# The three sisters.
Bila aku cakap baju diorang tu inang yang pakai, laju ok diorang pi tanya Eonni di booth tu. Then dengan bangga cakap sama aku 

"Ni baju orang istana tau. Queen!". 

Ya, iyalah!
# The famous spot at Namsan Tower.
Kerusi senget.
# And yes! The most happiest was her.
"Ini tempat si Song Yi sama si Min-joon!"
Excited betul Bunda tu yang sampai ber-si bagai. Macamlah Song Yi tu kawan sekolah dia dulu kan. Well, seeing her happy means the world to me. So aku layankan jaklah bila dia request aku snap gambar dia. Di setiap sudut. Titik! 

One regret though, I didn't get to bring her to Petite France. Sana pun scene favourite Bunda juga dalam Kdrama My Love from Another Star. 

Nothing much kami buat atas tower ni. Teddy Bear Museum pun sudah tutup & diorang ndak minat mau masuk Alive Museum. So kami round jak lah area luar tower tu. Mula mau singgah ngeteh di cafe dekat Lock Tower tu tapi cancel bila ada orang bersuara mau makan kebab Namdaemun. Ok fine, kita mencekik kebab. Lepas explore lebih kurang, kami pun turun pi area bus stop. Sengaja bawa diorang keluar dari N-Tower guna bas pula. Bagi diorang rasa different type of transportation. Pastu dapat cut cost juga. Naik bas 800 KRW jak tambang compare to cable car (6,000 KRW). 
# Till we meet again Namsan Tower!
I doubt we won't see each other anymore. 
Tunggu bas dalam 10 minit jugalah. Masa ni memang ramai tourist. Weekend pun, padanlah juga. Pastu ada one group of teenagers bertudung jalan laju gila ke arah kami. Excited gitu muka diorang. Alkisah diorang gembira tengok orang senegara di negara orang. Kerlas! Dari jauh gigih melambai, and my family thought they're my friends. Lawak sungguh oi macamlah aku akan kenal every Malaysians kami jumpa di sana. Tapi best lah. Some of the girls are Sabahan. Apalagi, terus speaking bahasa Ibunda. Siap hi-five ngan aku. Motif? Sebab semua sudah sampai bumi Korea. Meriah betul lah budak2 tu. Friendly & lively.

Lepas diorang blah, bas #003 pun datang. Masuk perut bas, aku sempat membuta kejap. Walhal journey ndak sampai pun 20 minit pi Namdaemun tu. Sudah habis tenaga guna panjat tangga di Namsan katanya.
# First thing first, isi perut.Alhamdulillah semua suka kebab Pacik Iran ni, including Angah & Adek yang fussy bab makan.
Belakang Ezza tu adalah few Malaysian boys. Masa queue beli kebab, diorang berdiri tepi aku. Pastu tengok aku atas bawah. Senyuma nan hado. Let alone say hi. Aku pun sekadar bagi senyuman Top-Oppa jaklah. Senyum senget sebelah, pencukup syarat. Aku tanya juga Ezza something wrong kah di muka aku sampai mamat tu semua tengok pelik semacam. But Ezza said nothing extraordinary; just the plain boring me. Sempat kan mengutuk aku?!! Hmm lantaklah. Malas layan. Maybe cara diorang gitu. Segan towards strangers. I tak kisah pung. That simple thing won't ruin my mood anyway. 

Habis mencekik, time untuk kempiskan poket. First gerai the three sisters masuk adalah kedai quilt. Dekat setengah jam kami tunggu di luar sebab kedai tu kecil jak. Gigil sejuk ok! Then masuk E-Lendong sebab Angah mau cari brooches yang officemates dia pesan. Walau cuma Angah yang shopping, dekat sejam jugalah kami menunggu. Nasiblah dalam building tu ada heater. 
# An alley in Namdaemun Market.
# Payung Hyun Joong Oppa.
Setakat mampu untuk snap gambar sebab tiada manfaat aku beli pun. Sudahlah paling jarang berpayung. Pastu harga benda alah ni boleh buat poket nangis darah lah juga.
Kami singgah kedai yang jual t-shirt Running Man. Cool gila t-shirt tu siap ada nametag zip-zap tu. Bolehlah feeling ala2 join Running Man juga kan. Aku pun beli sebab bestie pesan for his boys. Angah bought quite lots from this shop. So did Aunty & Bunda. 
# Note that boy yang sengih meleret.
Sebab banyak kami borong souvenir di kedai dia. Memang marketing terbaik! They speak fluent Malay. Belajar dari internet jak. Daebak betul. 
From Namdaemun, we went to Myeongdong (again!). Macam biasa, walkertapaki jak. While Angah stop depan Migliore mall untuk beli beg 4-segi yang macam aku beli semalam...suddenly my cousins told me, macam ada filming depan Uniqlo. Aku pun apalagi, terus melompat kasi keluar camera. Bersungguh gila! 
# Camera atas crane as per the cousin told me.KBS logo at the camera. Even the staffs pun pakai jaket with same logo.
Aku pun gigih lah melilau mencari yang diorang tengah shoot tu. Dalam lautan manusia di Myeongdong somemore. Kenapalah perlu muncul time ramai orang ni, why not early in the morning? 
# Asa! Found him.
Tapi! Ndak kenal. Mianhae, anda ndak famous di mata gue. 
Ni pun Bunda punya eagle eyes yang spotted him first. Harap aku memang memanjang soalan "Mana, mana, mana?". Rasanya diorang tengah shoot drama (or iklan?). Sebab laki tu asyiklah patah balik from the same spot. Ada partner pompuan sama dia but I cannot see her face because she kept showing her back. Tengok scene tu macam lelaki tu tengah cari that lady dalam lautan manusia. And finally, terberjumpa. Tu jaklah diorang ulang cut-action. 

Tapi sporting jugalah orang2 di Myeongdong haritu, semua pun buat macam biasa jak. Tiada serbu-menyerbu. Ka sebab diorang ndak famous? Or sebab tu bukan idols. Pfft! 

Sudah cuci mata, geng makcik2 request mau balik rumah awal. Towards the few last days in Seoul, energy makin deteriorating nampak? Malam tu masak di rumah jak, jimat cermat as per Angah. Padahal dia tengah saving Won untuk shopping lagi esoknya. Permainan minda betul. 

After dinner, Ezza & I went out. Mau menikmati angin malam di Seoul di malam minggu keedahnya. Yang lain, bantai layan tv di rumah. Drama without subtitle! Mampu? 

eryantierdabdulkarim

21 comments:

niL said...

Pesal tak beli album JYJ, pastu hadiahkan kat aku!!

Huh!

HaFizaH aYu said...

Sis bibie bc entri sis ni ndak sabar mau ke kuriya bahhh!!insyaallah early april pi sn..nak food hunting ofcos blog ni jd rujukan..tq sis

Ako Retna said...

cantek arr gambar2 dia... sharp n colorful hehee

mrs said...

banyak pula ko pegi kali ni orang shooting drama bagai! nasib baik tak fofular kalau tak mau jeles yang amat aku

DJ said...

wow akhirnya jumpa retissss walaupun suam kuku...mana tau lama2 sok jadik hot!hehehehe

Bibie Karim said...

niL: Xtau lah pulok ko minat JYJ. Hengatkan minat Kim Tan je. Nasi dagang se!

Bibie Karim said...

Ayu: Ure welcome. Wah bakal berspring kat Korea. Best nye. Jeles jeles. Have fun eh.

Bibie Karim said...

Ako: Kaedah rajin edit katanye hahaha. Makaseh.

Bibie Karim said...

MS: Yang shooting kat apartment kitorang tu confirm ko kenal kalau aku tunjuk gambar sebab diorang selalu muncul dalam Kdrama kat One juga wei. Sekali terserempak yang xberapa femes. Hnss sangat.

Bibie Karim said...

DJ: Walaupun kan. Macam tu gak kawan aku cakap masa aku cakap retis aku jumpa x femes sangat. Pastu macam dah tua sikit hahaha. Lama2 femes ah tu katanye. Oklah terima dengan lapang dada.

Miss Nazla said...

kenapa tiada gambar pasal naik bas turun dari namsan tower itu? **hentak kaki tanda protes**

cuba kalau kat myeongdong tu si Choi Jin Hyuk yang berlakon. Ko pun meroyan kannn

Bibie Karim said...

Naz: Sebab aku dah amik gambar & upload entry winter last year hahaha malas dah nak ulang upload. Ko tengok kat sana je nanti.

Hoii adakah giler statement itu. Mau aku ikat diri kat crane tu kalau betul si JHyuk kat sana. Meleleh liuq kot.

liza said...

takper lah retis sendu pun...janji retis kan...hikss lg pun agak hensem la jugak...errkkk

Bibie Karim said...

Liza: Xpe ah sendu, bak kata si DJ ntah2 esok lusa famous. Bahaha itu ayat sedapkan hati sangat kan. Memang agak hensem tu yang gigih snap few gambar gak.

Jari Manis said...

kenapa x beli album tu Bie..leh bagi JM as sobiner hohohoh

Auntie tu kelakar..boleh buat statement camtu then anak buah lak heheehhe..sabo je lah

ahaks..lelaki yg sama bergambar ngan mak Bie tu...waktu JM try hanbook hari tu...

malaysian Boy pandang gittew? x perlu layan lah Bie..nama pun budak2 kan..x matang lah tu

Bibie Karim said...

JM: Untuk diri sendiri pun terkial2 nak beli, apatah lagi untuk orang lain. Bukan JM layan Kpop pun kan.

Rasanya lelaki tu memang guard kat sana. Muka serius giler. Tapi xtolak pun kalau orang nak bergambar.

Xkisah pun budak2 tu. Janji xkacau my holiday. Diorang tengah buat decision dalam hati kot, nak senyum ke x. Nak tegur ke x. Sebab Bb pun sometimes macam tu. Lambat proses tindakan.

Radin Fadli said...

Hahaha! brother tu saya kenal!! aritu ada orang email tanya jalan, then he mention me, siapa tunjuk gambar lagi, nasib lah masih ingat, banyak wang sepupu habis kat situ kahkahkah. I guess he remember sebab sepupu boleh cakap korea kot. Bibie tak bawa masuk dalam bangunan? merchandise lebih murah dalam tu kan. Saya ndak pernah pergi namsan tower siang hari, 3 - 3 semua sudah mlm sobs...

Radin Fadli said...

oh btw, tak pernah jumpa cathedral tu. tu tempat ji hyo berlakon dalam drama emergency couple kan?

Bibie Karim said...

Radin: Bangunan shopping dekat kedai tu or dalam kedai brother tu? Masuk kejap dalam mall, dalam kedai brother tu lagilah masuk. Lama giler bertapa dalam tu. Siap sesi soal jawab ntah pape lagi. Alhamdulillah setakat ni pernah gi NTower waktu siang & malam. Next nak try sunset lak mesti lawa.

Aah Cathedral tu tempat diorang berlakon EC. Healer pun berlakon kat situ gak. Lepas Myeongdong Theater, amik junction ke kanan. Hujung sekali nampaklah Cathedral tu.

Unknown said...

Bibie beli kedai mna tshirt running man..nk cr gk nnt g korea..hehe

Bibie Karim said...

Atiqa: Turun Hyeoyeon St Exit 5, jalan straight je. Kedai tu belah kanan. Refer gambar ada Ahjumma pakai trench merah tu.