16 February 2015

Winter Trip with Family - Nami Island, Gangwon & Honam Jib Dongdaemun, Seoul

Assalamualaikum. 안녕.

Previous post (here).

Tettt! Memang semangat lain macam kan kalau sudah start entry balik kampong. It's like I was injected with some fast-and-furious hormone. 

Kena bergerak pantas sebab si Jea sudah hint entry untuk accommodation aku for this trip. Normally aku update pasal tempat tinggal ni lepas habis entries for the trip. Ni kalau suddenly penyakit M datang, haruslah aku kena dulukan pasal accommodation tu.

20 Jan 2015
Nami Wharf, Gangwon

Harini misi untuk jejak sisa tapaki Winter Sonata. Tiap kali balik kampong, belum pernah miss datang sini. Next time insha Allah kalau ada rezeki balik lagi, aku kena skip lah Namiseom ni. Fokus tempat lain pula. Cover area kampung2.

Kali ni aku tetap pilih subway untuk pi Nami. Tengok gaya susah-mau-bangun-pagi cousin aku, memang shuttle bus adalah a big NO-NO. Jap lagi ada yang putih mata bila sampai Tapgol Park tapi bas nan hado. ITX pun ndak boleh sebab train pi Gapyeong bukan ada every hour. Tu kena refer schedule train. And jadual tu cuma available at certain stations only. So subway adalah option paling best, selamat & murah! 

More info about ITX (Intercity Train Express), sila rujuk sini

Dari Gapyeong Station, kami naik teksi jak pi Nami Wharf. Membazir kalau naik tour bus sebab aku 100% yakin diorang akan spend banyak masa di Nami. And idea untuk pi tengok Winter Light Festival di Garden Morning Calm akan ditolak dengan jayanya. 

Sebab. First, temperature di GMC memang sejuk gila! Second, light festival doesn't sound really intriguing to Aunty & Angah. Sebab sudah tengok pun lampu liplap di Everland. 

Kerana tahu cadangan akan ditolak mentah2, maka aku decide naik jaklah teksi. Baru 8,000 KRW untuk 2 buah teksi. Kalau naik tour bus, fare is 5,000 KRW per person. Untung IF only after Nami kami pi Petite France & GMC. Kalau semata pi Nami jak, memang teksi lah yang paling berbaloi. 
# While aku beli ticket, diorang hijacked camera aku. Ntah apa jak gambar diorang ambil. Yang pasti, non of them ada muka aku. Adakah tidak terlintas untuk diorang snap gambar aku tengah beli tiket? Sobs.
# Dalam feri. 
# View dari atas deck ferry.
Boleh tahan ramai juga orang time ni. Bersesak dalam feri so aku bawa Ezza & Adek pi luar. Pastu naik pi deck atas. Then sampai di deck, aku nampak orang bertudung. Jadi aku senyum lah. Suddenly..

"Bibie kan."

Ok, aku terus blank. Dalam otak laju2 aku panggil balik memori lepas. Kot lah kan kawan lama tapi aku ndak ingat. Ndak kah haru kejadian gitu.

"Awak tak kenal. Saya refer blog awak pi Korea ni."

Saat tu juga aku rasa mau terjun sungai! Malu sama cousins aku dua ekoq tu. Malu sama that lady juga. Tapi aku sempatlah shake hand & tanya nama dia. Hi Izzi! Thanks for recognizing me. And thanks for reading blog picisan ni. Izzi also introduced me to her travel partner. 
# Ahli rombongan akhirnya jejak Namiseom.
This destination is mainly for Angah. Die hard fan of Winter Sonata! Sanggup tu beli set CD original! Last time, set CD bukan murah. Whats more when it's an international drama.
# Ukiran ais sepanjang jalan pi Nami Library.
Sampai jak Nami, Aunty & Adek request untuk lunch dulu before ronda2. Gila kentang perut diorang ni. Aku rasa macam heavy juga breakfast kami pagi tu. Journey to Nami pun bukan lama. Less than 2 hours. Siap dapat duduk lagi sepanjang perjalanan. Suddenly, lapar? 
# Cotton-white vacation!
# What I don't understand...Bunda loves to menyorok behind me everytime I take pic of us. Ish! 
# New eatery at Nami Island besides Drama Cafe which is famous for its dosirak (nasi goncang).
# My first time here. Thanks Farry bagi review haritu!
# Widen ur eyes to read the menu. Selalu kalau gambar penting, akan jadi blur. 
# My lunch.
Kimchi bulgogi bibimbap (10,000 KRW). I super love the miso paste soup! 
# Yang alert camera...and yang khusyuk makan.
# Nami Library.
Tunggu yang lain solat.
# Book Cafe.
To enter the surau, kena lalu cafe ni dulu. Last autumn sempat ngeteh & layan waffle here.
# Feeling Winter Sonata sangat bila tengok ni.
Too bad no seleji. It would have been great if seleji turun masa ni. 
# Unggun api untuk panaskan badan. Tapi aku sesak nafas everytime dekat benda alah ni. Asap wei, asap!
# Getting to know the cast in Winter Sonata. Yang pasti, si Girl memang ndak tau pasal this drama. 
# Mau lah juga selit muka sendiri.
No more daun kuning along this path...pokok sudah togel.
# 3 sisters yang hyper & semangat gila.
# Percubaan posing gaya Kung-Fu mabuk. 
# Yang di depan tu bukan tau yang di belakang tu wujud. Gah!
# Pun mau juga ada gambar duduk atas seleji. Lepas tu sibuk panggil cousin aku. Minta tolong sebab aku ndak boleh bangun sendiri ok! Sedih dengan keberatan kebadanan.
# Angah jugalah menang posing!
# Sesi main baling2 seleji. Kunun mau buat snowman...
# Seeing them enjoying their time here...cukup puaskan hati aku. 
# Pose depa tangan.
# Stepping upon the frozen lake.
# Saranghae! Uri gajog.
# Queuing for the ferry.
# Last picture in Gangwon. Before departing for Seoul. 
From Nami Wharf, we took the taxi back to Gapyeong Station. Pastu baru ambil subway pi Seoul. Kejadian bingai jadi dalam subway. Aku sama cousin lagi dua orang berdiri tepi pintu sebab tiada seat. And si Err tertidur...dua kali aku terduduk di lantai! Boleh imagine, berdiri tegak...then tertidur & the next thing I knew I was already sitting (style mencangkung) atas lantai. Siap peluk pole. Apakah perlu scene bongok begitu? I told my cousins kalau jadi kali ketiga, memang aku akan duduk terus atas lantai. Luckily not long after tu, ada orang turun & I got to sit. And sambung layan mata! Phew!

Seoul
Next! Sesi jamu perut di Dongdaemun. Honestly, this was my first time pi makan ikan bakar di situ. Selama ni memang selalu jak baca entries di blog orang betapa ikan bakar di Dongdaemun ni boleh menggamit rindu. 

So trip kali ni, aku includekan sekali menu ni knowing Bunda & my aunties memang suka ikan bakar. Sebab aku memang tau direction pi area ikan bakar ni so aku decide untuk turun di Dongdaemun History & Culture station; keluar jumpa Dongdaemun Design Plaza. Lintas jalan depan Doota. Then jalan kaki sepanjang Pyounghwa Clothing Market. 

Gapyeong Station ---> Sangbong Station ---> Wangsimni Station ---> Dongdaemun History & Culture Station (Exit 1)

Untuk yang plan mau pi sini, bolehlah follow complete direction dari blog si Orga (sini). I gave this direction to a friend of mine who came to Seoul Nov last year. Alhamdulillah senang jak dia jumpa kedai ni.
# Akhirnya berjaya jejak DDP di waktu siang.
# Sebenarnya masa ni weather a bit gloomy. Awan pun tiada. And malam tu kunun forecasted Seoul akan dihujani flurries. Tapi sampai ke Subuh...tiada bayan flurries pun. 
# Lepas jak posing gini...
"Ok, no more pictures. Makan dulu."
# Muka2 kelaparan
Di pintu masuk sudah nampak ikan tersusun atas grill. Haruslah lapar tambah melantun2.  
Tengok kami yang ramai, Ahjumma terus tunjuk tangga. Satu hal ni yang aku mensampah! Sebab kena buka boots! Jap lagi mau keluar kedai, satu kerja mau sarung balik boots tu. Fuh!
# Honam Jib; closed at 7pm everyday.
My first time here. Sangat sedap. Lepas makan, semua keluar dari kedai dengan senyuman lebar. Yang pasti, perut suka sebab sudah dijamu. Sambal sotong tu memang kebabom!
Cuma aku sakit jiwa part mau sarung boots. Padan lah muka mau sangat berOOTD kan. Silalah bertabah. 

Malam tu ndak keluar pi mana2. Aku plan mau pi ngeteh tapi once sudah baring atas katil, rasa malas berkaliganda. Paling jarang aku just stay di bilik kalau travel. Normally aku paling tabah mengejar last train tau. But this trip, baru jam 8pm aku sudah di bilik. 

Hmm, certainly bukan faktor usia. Twit!

eryantierdabdulkarim

24 comments:

Miss Nazla said...

Separuh gila perasaan aku baca entry ni. tengok seleji itu. tengok ko duduk atas seleji. even keberatan kebadanan ko untuk susah ko bangun. aku tetap nak cuba nnt. pose mcm Bunda sikit.

p/s: sotong tu sgt sedap!!

Azra said...

I miss the ikan bakar n the ojingo bokkeum ... nyum nyum sangat

Bibie Karim said...

Nazla: Ko nak tiru pose yang baring senget tu kan. Silakan!

Azra: Sebab nampak blog ko haritu lah, aku terus nekad nak try. Siap ada ojingo bokkeum so xyah aku gi yang kat Jegi-dong dah.

DJ said...

Masa aku mkt sini la gigih unni nk terang sotong tu...nk suh aku order...smpi kna google sotong...sbb aku xphm apa dia ckp..hehe argghhh winduuuu...

just.HY said...

byk benda baru ade kt nami island. patutkah aku repeat? ahaks.

ikan bakar tu ya ampunnnnnnn teringat sungguh aku haih! kalo pegi lagi sekali seoul ni memang aku takkan lepaskan peluanglah.

bie, nk mintak sign! *larikkkkk*

Time Traveller said...

hahahaha.. gagah kan diri baca sampai habis.. walau jeles tahap tinggi giler sebab kita tak pernah sampai korea lagi hahahaha...

dari dtg seorang diri dan kengkawan.. pastu bawa adik.. la ni bawa stau family.. dah boleh kot korang pindah sana ... heheheh :D

Watie Rose said...

suka baca blog awak bibie..
rindu seoul jugak..

tintamerah_blogspot.com said...

Bie,mcm ndak ramai org kan di nami masa ko pegi ni?siok eh bergambar

mrs said...

bukan jea jer tunggu ko update pasal accommodation aku jugak!

OOTD korang contra sama seleji cun weh gambar

Bibie Karim said...

DJ: Eonnie eh yang layan ko. Time aku ahjumma tu cuma tanya ojingo je. Sibaik ler aku faham apa mende dia tanya. Tapi tulah sampai 3 mangkuk dia bagi. Ingatkan free semangkuk rupanya x.

John: Ala yang baru cuma kedai makan tu je. Dulu restoran western xsilap. Kalau nak repeat ok je tapi better ko gi Garden of Morning Calm tu. Spot lawa nak ketik camera. Ikan bakar tu ko kena repeat!

Tettt nak sign katanye. Rasanya aku yang kena minta sign ko. Bahahaha. Terjun longkang.

Bibie Karim said...

Afif: Nextime nak try stay kat tempat Abang awak pula. Haritu lambat inform. Semua dah bawa ke sana ni tinggal nak jumpa mentua je. Tettttt.

Watie: Thanks for reading. Hihi ada x plan nak repeat Korea ni.

Bibie Karim said...

Yanie: Alhamdulillah memang xramai. Pastu kami jalan lawan arus jadi xlah ramai photobomb. Aku sengaja pi weekdays tu xmau kejadian last autumn jadi balik. Jerah sudah Q panjang2.

MS: Ko pun tunggu gak ke. Hokey aku buat sepantas kilat tapi kena tunggu aku review accom kat Indonesia dulu. X abis lagi aku buat tu. Excited update citer kampong. Aku memang sengaja pilih jaket warna jangok, baru lawa bila kontra ngan seleji.

Ish said...

Wahh...a week before aku sampai, masih banyak jgk yea snow kat ground di Namiseon. Siap boleh pijak lagi atas frozen lake dia ...Ciss...hehehe

1st time makan Dosirak kat Drama Café tu memang memukau, siapa tambah lagi. Sekarang dah banyak juga café halal kat sana yea.

Bie, knape tak gi main ski kat Elysian Gangchon Ski Resort lepas Namiseon?...dekat aje, selang 2 station iaitu Baegyang-ri Station, follow Gyeongchun line train.

Bibie Karim said...

IS: Aah, fluffy lagi. Sebab according to teksi Ahjussi, a day before tu seleji turun.

Sekarang da ada 2. Pastu ada 2 kat Nami Wharf. Yang tu bbq.

Sebenarnya nak gi main ski kat Yongpyeong Resort tapi bukan hari yang sama gi Nami tu. Xtau pun pasal Elysian Resort tu. Next time boleh check it out ni.

jaja said...

Bie, chop nak lari tajuk sat. Haritu macam pernah terbaca Bie masak nasi dlm microwave. Boleh ke masak dalam tupperware plastik macam biasa? Tolong cerita sat macamana nak masak? Senang nak pi merayap, ingat nak bawak beras sekali lepas ni :D

Bibie Karim said...

Jaja: Hihi aah masak dalam microwave. Aku bawa nasi himpit tapi koyakkan plastik sebab nak makan nasi.

Boleh je guna tupperware as long as memang boleh masuk dalam microwave. Pas basuh beras, isi air lebih dr sukatan biasa. Selalu air kan sama paras beras tapi yang ni lebihkan. Then masak for 5 mins. Kalau still xmasak, buat lagi 3 mins. Aku buat gitu ah aritu cuma terlebih air so jadi ala bubur skit.

Radin Fadli said...

wah! dekat nami island ada new placce to eat? boleh masuk dalam next trip tempat ni. Bonda tu segan tu, takut nanti terfemes pula hehehe

Bibie Karim said...

Radin: Aah. Yang kat Wharf tu dah try x. Diorang kata sedap bbq beef dia. X dan try aritu sebab kenyang lagi makan kat Nami. Hahaha tu bukan segan, dia nak sorok badan gemuk. Sobs.

Radin Fadli said...

tak lagi. Selalu nampak orang post yang dekat wharf tu kan? confuse yang mana satu kedainya. Selalu memang pekena nasi goncang je kalau ke nami. Boleh tambah tempat dalam itinerary ni hehee. Bie tak try makan sotong kurita?

Bibie Karim said...

Radin: Makan mentah2 tu ke? Haritu nak try tapi yang lain xnak gi. Lagipun xbest kalau makan sengsorang kot tercekik hahaha. DJ pernah try makan tu.

Farikica said...

Mmg beza sngt time summer n winter..mcm lngit ngan bumi...

Bibie Karim said...

Farikica: Aah memang jauh beza. Aku pernah gi summer gak dulu. 2013. Masa tu bunga sume mekar, merah.

Jari Manis said...

Bieee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...tgk korang bermain salji JM pula yg terasa sejuknya

Bibie Karim said...

JM: Masa kat Nami ni temp xde sejuk sangat. Sedang2 je.