29 November 2014

Wonderful Nov: Drama April Brunei III

Assalamualaikum.

Ok ni memang sudah boleh masuk kategori entry throwback. Berbulan aku tinggalkan update pasal cerita Brunei ni. Bertabah jaklah dengan perangai kau ni Bie.

Ni sambungan dari entri berbulan lepas

29 April 2014
Pagi ni aku plan untuk bangun awal dari biasa. Kununnya! Sebab mau berwalkertapaki pi Tamu Kianggeh yang cuma stone away jarak dari hotel. Angan2 aku untuk ronda pasar tu, and mau borong kuih muih Brunei. Bunda sudah pesan awal2.

"Try kuih muih dorang. Sedap tu."

Pastu Aima pun awal2 sudah bentang nama tamu ni.

"Ko mesti singgah Err. Mesti. Siok tu sana tengok orang berjualan."

Malangnya, suddenly pagi tu aku jadi super malas! Berat gila rasa mau suruh badan aku bangkit dari katil. Hati & minda ndak jalan seiring kala ni. Sah salah hotel kan. Kenapa perlu provide katil yang super comfy?! Pfft!

Oleh kerana pagi masih terlalu muda, maka aku sambung tidur. Janji sama Pak Haji jam 9am. Then aku terbangun balik jam 730am. Tengok katil sebelah, Yuni tiada.

"Yuni! Yuni! Yuni mana? Mandi ka?"

"Iya kak!"

Ok cun. Aku sambung tidur, tapi tidur2 ayam. Pastu aku pelik, dekat jam 830am sudah ndak kan belum habis mandi si Yuni ni. So aku pun melolong lagi sekali. Sekalinya...

"Apa kak? Yuni ketiduran di ruang tamu."

"Aik bukan Yuni mandi ka tadi kakak tanya?"

"Ndak kak. Yuni kira Yuni dalam kamar mandi, rupanya Yuni ketiduran atas sofa."

Ketiduran? Alasan apakah itu? Kau mampu bagi alasan super comel macam Yuni? Awal pagi dapat jawapan berserta muka sememeh BELUM MANDI si Yuni buat darah aku ndak jadi mendidih. Aku ingatkan drama dia ketuk bilik kosong semalam sudah habis. Rupanya pagi ni, bingai dia jadi kuasa empat! Aku simpan marah, better mandi untuk turunkan panas hati. Lagipun lagi setengah jam before Pak Haji datang. Mau bersiap & pastu breakfast lagi. Dari aku bebel macam mak nenek di pagi buta, sila kan mandi wahai cik Err.

Lepas bersiap, kami turun. On the way pi breakfast, aku nampak teksi Pak Haji parked depan hotel. Masa borak2 sama receptionist hotel, baru aku dapat tau yang hotel boleh hantar kami pi Malaysia Embassy FOR FREE! Whathehantu lah kan Bie. Who to blame? Of course lah diri sendiri! First, silap aku ndak tanya hotel awal2. Second, aku ndak minta no phone Pak Haji. Kalau tau hotel boleh hantarkan, bolehlah aku call Pak Haji & suruh dia jangan datang pagi ni. Jimat $40 ok kalau otak kau bergeliga dari semalam Bie.

Masuk teksi aku bagitau Pak Haji just hantar kami pi embassy jak. Balik nanti kami suruh hotel ambil. Urusan di embassy biar aku urus sendiri. Biarlah lambat queue...or leceh time isi borang. I've got all day I said. Yakin. Mula tu dia berkeras untuk minta $80 juga sebab kunun deal harga tu semalam. Then aku argued. Deal tu valid untuk return journey. Plus 'service' dia untuk tolong kami settlekan urusan with the personnel at the embassy. Since aku cuma minta dia hantarkan pi embassy, sepatutnya harga sudah kurang.

"Macam ni lah. Harga akhir $40. Dari rumah pacik ke bandar ni jauh. Lagipun kedutaan Malaysia ni jauh dalam kawasan berhutan sana. Tiada bas atau teksi masuk. Jalan memang pusing2."

Fine. Aku malas argue lagi. Nanti ndak pasal2 dia turunkan kami di tepi jalan, satu kerja lagi cari jalan pi embassy. Dari hotel pi embassy ni aku kira jauh lah juga. Dalam 30 minit.

TAPI! Balik dari embassy, driver hotel yang jemput. Jarak dari embassy pi jalan besar cumalah 5 minit! Betul lah Pak Haji tricked kami kaw2. Jalan berpusing macam ular dia bawa tu awal pagi tadi memang jalan jauh. Rupanya dia bawa kami tawaf seluruh kawasan bukit & hutan tu! Berbulu jak hati aku dengar masa driver hotel explained sama aku. Ndak apalah Pak Haji, aku halalkan tambang tu. Susah cari makan bawa teksi di Brunei kan? Sobs.

Tapi hakikatnya, aku let go benda ni lepas balik dari sana. Masa hari kejadian, memang berbakul 'bingai' aku hadiahkan sama Pak Haji. Yang aku cuma mampu teriak dalam hati. 
#1 Malaysian High Commission in Brunei.
#2 Sunyi
I wonder mana queue super panjang macam Pak Haji cakap tu. Yang kunun orang berebut mau urus, siapa tiada cable maka urusan akan jadi berhari2 lamanya.
#3 Headed to the passport section
Still...sunyi & sepi. Ok sila terima hakikat, memang kau sudah dikenceng baik punya Bie.
#4 Kaunter urusan
Ramai gila orang kan? Sobs. There were only 3 persons before our number was called.
#5 Visa Kerja untuk warganegara Indonesia
Demi ini aku dipaksa pi Brunei. Dengan drama berjela, syukur jaklah urusan settled in a day.
#6 Important information
The process to submit our application completed in less than 10 minutes. No long queue. No fuss at all. Pi counter, ambil form & fill in, take number, wait for number to be called, submit form, pay...and siap! Tapi collection is at 3pm. We still have like 5 hours. Mau tunggu di embassy memang sangat ridiculous lah kan. Kantin pun tiada untuk lepak buang masa. So I decided to explore Bandar Sri Begawan. Minta tolong Pak Guard untuk call hotel. 

15 minit tunggu driver. Aku minta tolong hantar kami ke bandar sebab perut sudah lapar. Breakfast tadi pagi adalah ndak cukup. Sebelum turun, aku bagitau driver yang kami minta hantar semula ke embassy sebelum jam 3pm. And dari embassy kami akan direct pi ferry terminal di Muara. 

"Boleh. Nanti ada guest minta hantar ke airport jam 1pm. Jadi Cik perlu ada di hotel sebelum jam 1pm nanti. Lepas ke airport, kita ke embassy & terus ke terminal."

Ok. Deal. Janji ada transport pi embassy & terminal. Duit makin susut aku ndak mampu untuk naik teksi sudah. Lepas makan, kami ada banyak masa so aku bawa Yuni jalan keliling tengok bandar. Bawalah sangat walhal diri sendiri yang menggila layan mood mau jadi tourist. Dari bandar bukan jauh jalan kaki balik hotel pun. 

Kami jalan area yang kami sudah jejak semalam. Kali ni mau tengok Masjid Omar di siang hari pula. Sempat masuk The Royal Regalia juga. And layan view Kampung Ayer dari jeti. 

Tu semua aku sambung next entry. Plan asal lepas ambil passport, terus zas pi ferry terminal & balik Labuan FT. Flight kami lewat petang tu. Sempat ka tidak nanti aku cerita. Gitu main teka teku. Sekian.

eryantierdabdulkarim

16 comments:

syieda said...

Dosa tau pak cik. Kalo aku dah mood swing okies! Confirm g makan banyak2 lebih banyak dr hari sebelumnya. Hahahha

DJ said...

Yeahhhhhh akhirnyaa...selepas 7 bulan....kalo mngandung dah keluar baby dah ni.... #bigclap

Tp aku percaya pepatah omputih, its better late than never....gituuuu...hahaha

Aku rasa mmg std la $40 skali naik kt sana...pasrah jer laaa...baik sewa keta!

Unknown said...

Syieda: Nak makan banyak2 pun jadi sendu, duit nan hado. Aku memang bawa $200 xde kad pelestik ke apa. Ingatkan cukuplah sebab sehari je kat sana pun.

Farikica said...

untungla x ramai org kat imigresen tu.. me dah 2 hr berulang alik ke imi ni ha.. asal datang no dah abis, asal datang no dah abis.. esok mo coba nasib lagi ni ha.... huahahaha....sob..sob

Unknown said...

DJ: Janganlah bagi anak aku lahir xcukup bulan, kesian dia tau. Hahaha siap kira bulan, hampas kan ko.

Ye lah dan2 ko guna pepatah omputih kat sini. Sibaik ko xreti cakap Brunei. Sobs.

Standard mende, diorang yang letak macam tu sebab masa kat Embassy aku cerita ngan kakak kaunter, terbeliak mata dia. Trus kawan sebelah dia cakap something like, cari makan lah tu. Next time aku nak sewa keta je, xlarat drive jauh2.

Unknown said...

Farikica: Yang ni bukan kat imi. Ni kat Malaysian Embassy in Brunei. Tapi imi kat KL/Selangor memang menggerunkan. Kawan selalu complain tang habis no tu lah.

Miss Nazla said...

HAHAHA terkejut aku tgk entry ini kembali. Lepas aku baca bab Yuni ketuk pintu bilik kosong baru aku bole sync kan kat mana entry ni berhenti dulu. Btw tu sbb pak haji dah pergi haji kot?

Fina Sophie said...

ammmma apppppa.. kalo sy, jd hulk suda isk2. tidak pun kalo ada nmbr telefon tu pak haji suda sy krm ayat sendu mgkin tu. 40 matawang brunei kan. 40 matawang malaysia pun mengkakai mencari. terpaksa-rela lah kasi halal saja sama tu pak haji kan bie..

Unknown said...

Nazla: DJ dah perli baik masa aku komen entry Brunei dia. Aku kata dah gi tempat tu tapi dia reply kenapa xnampak kat blog, ouh lupa x update lagi. Hampas ke x?!! Hahaha. Pak Haji nak cari makan.

Unknown said...

Fina: Xda no dia lupa mo minta. Kan sedang RM pun berkira mo mati bah apalagi BRD. Nangis jakla terbang $80 in 2 days. Silap sendiri sebab x study tapi tulah jarang orang naik teksi bah pi sana. Mostly memang sewa kereta.

Jea Mohamad said...

kat embassy tu lah aku celebrate merdeka (motif la nak cerita kat blog org, kat blog sendiri tanak cerita)

pak haji boleh naik haji lg sekali tu!

Unknown said...

Jea: Motif untuk sharing cerita. Aku pun selalu cerita kat blog orang hahaha dasar kan.

Hihi Pak Haji cari makan. Susah nak dapat pelanggan.

mrs said...

apelah pak haji buat keje camtu..tak berkat rezeki tu nanti..

yuni oh yuni!

Unknown said...

MS: Pak Haji ada sebab tu. Hihi Yuni sengal kuasa dua dari aku.

rostina76 said...

sorry to say la BB kesian sama kau. heheh!!!tapi mmg sbg pandangan peribadi kros yg dah 4thn @Brunei ni….kat mana2 pun asal namanya manusia mmg ada yg hati busuk camni. kros dulu awal2 kononnya ingatkan Bruneian ni semua baik & xde hanky panky tapi bila sendiri dah terkena (ni terkena bab lain la tapi still hati budi la kan), haaaa terkezut. bila ada bruneian sendiri yg ingatkan ramai manusia2 gini @sini so dah neautral la jugak pandangan murni kat dorg tu. pepepun peringatan la kan utk kita kalau berada kat tempat org. lg satu jgn percaya dgn tittle HAJI @ org berkopiah ni. apek/iban/non muslim pun pakai kopiah kadang2 tu. :P

Unknown said...

KakRos: Memang kan kat mana2 memang wujud manusia yang suka amik kesempatan macam ni. Cuma tulah, naif sikit masa gi Brunei haritu. Kecewa sangat bila dah terkena batang hidung sendiri. Sebab xpernag sangka kat sana wujud orang cenggitu. Haritu memang Pak Haji betul sebab dia bagi salam & tengok ayat2 dalam teksi. Siap dia asyik ulang kita sesama Muslim kena tolong menolong. Sobs. Anyway, thanks for ur advice akak.