6 September 2014

Drama - Cerita Ke Kiri Ke Kanan, Lari Tajuk!

Assalamualaikum.

Hmm...ada few tanya pasal my recent entry. Bukan cerita di bumi Ong Bak that is. Ntahlah macam mana mau bentang cerita. Entry tu aku taip bukan time marah tengah meluap2 pun. I scribbled it while I was on board the train to Jakarta from Bandung. Dalam keadaan tenang & aman damai sambil layan view kehijauan alam semulajadi.

The journey was about 3 hours(++) hence to kill time, aku pun mem-blog. Pastu siap upload gambar di Tangkuban Perahu. Kesadisan menjadi2 bila si NanaTron hengat aku sedang memendam rasa with either one of the girls ladies in the pic. Siap tanya, yang kiri or yang kanan.

And as expected not long after, one of the ladies in the pic commented at the link in my fb page.

"Harus tempek di situ...gambar sekadar hiasan...harap maklum. Hukss".

"Tiada kaitan sama yang hidup mahupun udah matikkk".

Pecah ketawa aku dalam train masa tu. Ngek!


Alkisah, trip ni memang ndak digembar gembur. Ada close friends yang ndak tau pun aku berjalan. Suddenly terpacak gambar di Instagram; aku di Indonesia. Dorang yang memang tau aku ni jenis 'tiba2', diam jaklah sebab memang tau style aku. Yang separa tau, buat2 terkejut. Yang langsung ndak pernah kisah, tiba2 ambil tau sebab mau memesan.

Aku jenis yang suka hangkut backpack bila travel. So aku akan set limit kalau terima pesanan orang. Aku ndak mau pening kepala fikir pesanan orang lantas menganggu ketenangan aku bercuti. Gitu ah ayat.

That's why kalau orang memesan, aku akan cakap 'Insha Allah, ndak janji". But most of the times aku directly cakap "Sorry, aku ndak dapat kasi beli" "Sorry, aku bawa duit sikit jak".

Senang. Ringkas. Tepat. Paling penting, main point sampai terus though sometimes ada yang macam ndak faham. Or buat ndak faham. Titik.

Dulu masa mula2 dapat 'kaki untuk berjalan jauh', aku rajin lah juga beli souvenir for my friends. Sekali tu statement bingai(s) sampai pi telinga. Lantas telinga berasap, otak mendidih & hati pecah. Terus aku ambil keputusan drastik. Souvenir is only for the chosen ones. Yang nama diorang memang melekat di hati setiap masa. Biarlah orang cakap aku berkira, hati aku yang perlu aku jaga dulu.

"Hmm ni jak kau kasi beli. Senangnya dapat ni di Msia"
"Key-chain? Apa mau dibuat ni"
"Berapa lah harga ni? Adakah sampai RM10?"

Fine!

Those close to me know very well how bad I am when it comes to souvenir hunting. For me fridge magnets, key-chains & scarves are the things that synced well with the word souvenir/gift. Unless u say specifically the thing u want me to buy for u, I take it that u will be satisfied with either one of those three.

Aku ndak kisah orang mau memesan, lain orang lain rezeki yang Allah bagi. Aku dapat peluang untuk melawat tempat orang. Tapi be considerate lah kan. Aku sudah terang2 cakap, aku bukan jenis shopping sangat time berjalan. I prefer sightseeing more. But some people lebih suka pilih untuk dengar cakap sendiri dari mau bertimbangrasa.

"Ala aku mau pesan, bukan ndak bayar. Kalau kau mau, sekarang juga aku bank in."
"Eh ndak da ka? Bah kau carilah tempat lain. Ada ni kedai kawan aku cakap nanti aku kasi map."
"Ko ndak beli? Bukan aku pesan guna liur pun."

Please. Try to understand me. Kalau ndak mau faham then don't bother to pesan anything from me anymore. End of story.

Seriously aku kesian bila tengok kawan2 yang pi bercuti tapi at the same time stress sebab ndak sempat/dapat memenuhi pesanan/permintaan kawan2 diorang.

Hmm I thought a getaway is supposed to freed the mind from stress, not accumulating more stress. Yes?

....twit! aku rasa cerita di atas ni totally has nothing to do with the entry I've mentioned earlier....tettttttt

Punya jauh ke longkang kau melompat cerita kan Bie. Pfft.

Actually, entry sakit jiwa tu berkisar pasal travel partner. Yang 'kaki jalan' or yang baru 'dapat kaki' sure tau betapa penting peranan travel partner ni. Walau aku ada perangai untuk switch off mood dari layan hemo orang lain di tempat orang, sometimes darah putih naik pi kepala juga.

Alhamdulillah, so far masih mampu berfikiran waras. Ndak tau esok lusa. Aku berjaya simpan 'pisau' dalam hati, biarlah tertikam dalam tu jak. Paling pun aku buat sesi curhat sama bestie.

"Ignore. Kau pi holiday to entertain urself, not to entertain bodoh orang lain"

Gitu ah nasihat. It may sounded a bit harsh yet it prevails the truth.

Orang bilang; go travel together if mau tau kawan tu sesuai ka ndak. Regardless how long u've known or befriended each other...ndak semua sesuai jadi travel partner. Ada yang baru first time jumpa, terus ngam. And that's what happened to the ladies whom I first met during my maiden trip to South Korea in 2012. Also Ms C whom I first met & travelled together to Japan earlier this year. Diorang lekat dekat di hati.

In fact, I was in Jakarta-Bandung with Ms C recently. Pastu siap ada plan for next year. Kejadian bangun pagi jam 7, lintang-pukang bercerita angan2...suddenly TERbeli tiket in less than an hour discussion. Hampagas!

My point here...ndak semua yang close sama kita, sesuai jadi travel partner. We may be good friends but that doesn't assure time bercuti kita akan sekapal.

Aku ndak mau lah just because ndak berngam time bercuti, balik dari trip tu terus masing muka asam jawa. Like, putus kawan? Perhaps, kita memang ndak compatible to have a trip together. Other than that, we're okay. For me, at least.

Aku mungkin ndak ngam bercuti sama A, tapi aku ngam sama B. Yet that doesn't give me the green light to tell B that s/he will not serasi to travel with A. Right? If someone tells me they feel inconvenient travelling with me, I won't take it to heart. Because that's the reality.

Face it. Swallow it. If rasa ndak sesuai, pergilah sama orang yang sesuai & we feel comfy to travel with. Senang kan? Solution is already there.

Ada jak travel partner yang 'ngam' tapi still bersentap-mentap time berjalan tu. Aku rasa benda tu normal. Manusia kan. But as long as benda tu ndak dibiar berlarutan, or diperam jadi jeruk dalam hati...all thing will end well. Insha Allah. Paling utama kenalah talk things out. Cakap pun janganlah terus set suara di skala paling nyaring. Selalu bab tinggi suara ni yang boleh buat gaduh besar. Jangan fikir serabut kita jak, serabut orang lain pun kena ambil kira juga.

Tolerate. Give & take. Understanding.

And kalau boleh, tahan lah marah tu. Telan walau rasa macam duri. Kalau aku memang prefer untuk layan phone or jalan sendiri ke depan. Anti social pun anti social lah.

Because for me, once u lose ur patience...u don't have urself. Travel partner lain pun sah2 akan tarik muka masam, which later on will lose their respect for u.

Ok sekian sesi merapik di pagi hari. Mau makan, lapar bah ni tulah panjang betul bebelan. Sekian. Trimas.

eryantierdabdulkarim

Categories:

29 hollered!:

Lady Dreamer said...

fuh.. panjang lebar ko punya cerita n yet i keep on reading it without pause. Totally agreed dengan ko Bibie. Yang penting happiness during travel haruslah diutamakan n thats why travel partner memainkan peranan penting..

DJ said...

panjangnyee kakak bebel!hahahaha bab travel partner tu mmg saya rindu awak 200%..eh silap aku sokong ko 200%....hahahahaha

Muhammad Khairuddin Lim said...

Luahan hati. Saya pembaca yg setia. Yg ptg kita bahagia dan tidak melukakan hati org lain.

Jari Manis said...

aha..Bie..setuju cakap LD...JM pun baca every word tanpa skip..part mengirim tu mmg JM x setuju..kenapa lah dorang ni x pikir perasaan org..kita nk pegi bercuti..nak seronok2..pastu perlu memikir lak nk beli barang yg di pesan. Bab soviner pun satu hal..klaua org dh bagi FREE tu x perlu byk komen..terima kasih je lah..haiiii...x leh pangjan2..nanti JM lak tupang hangin..heee

Bab partner travel tu..SETUJU 100%...sepanjang JM travel ni belum jumpa lagi yg serasi..sampai satu tahap tu rasa nk travel sorang je..partner travel ke Jepun tu pun dh bawak diri huhu..sedih

nana tron said...

twit ! gue mohon maafin yang kiri dan kanan kiranya mereka terasa...

heee.

ok berbalik pada heart talk si Bibierrr ni, i like this kinda entry. honest gitu. sememangnya dalam travel kita berpartner ni ada risiko --- risiko tak tahan / tak berkenan dengan perangai si partner. sekadar nak berkongsi pengalaman sendiri, penah di satu trip tu ada sorang member enggan duduk / lepak kat gerai yang kami makan. Entah kenapa. Mungkin jijik kot. Then selalunya setiap malam mesti masuk bilik awal, takde nak lepak-lepak dengan rerakan lain. Aku sebagai organizer rasa tak sedap hati gak takut dia yang terasa dengan kami ke ape ke kan. Then satu pagi aku sapa dia is everything alrite..hows breakfast etc...dia ok je..so hmm yea aku fikir setiap orang adalah berlainan mungkin dia jenis suka tempat proper dan jenis tidor awal. Menjaga kechantikan gitu. hehehe. Jadi kita respek je dia being herself...

Ada satu trip yang lain, aku pula yang tak berkenan dengan perangai seseorang yang nak cari benda last minit walhal kita dah allocate time shopping -- kenapa kau tak beli ? gitu la getus aku dalam hati. so aku banyak diam je layan lagu. mungkin aku penat. enyah dengan pekat. seperti berjelaga jika ku sendiri *tibeee. ada juga la sembang sebab kalau bersendiri kang berjelaga lagi kepala ! hehe. balik mesia bila difikirkan situasi tu, rasanya aku penat lah kot tu pasal emo sikit...sebab kalau berkeadaan normal aku tak rasa nak marah pula. jadi syukur juga i kept my mouth shut sebab member kan, tak syok gak kalau sound.

aku jenis memang takkan sound kot. aku diam jeee. pendiam. ke pemendam. eh.

Bibie Karim said...

Meroyan semalam tiba2 eh mari update blog, boleh kasi clear tekateki last entry. Gitu bah kan. Yup, happiness paling penting when we travel. Afterall, memang tu kan tujuan bercuti. Tapi ko juga paling gigih, trip hitamkan diri secara solo. Belum aku berani pi Thai or Cambodia sendiri ah.

Bibie Karim said...

Kakak datang angin kus2 untuk membebel. Ko! Abang Zil aje. Rindu sangat.

Bibie Karim said...

Hihi thanks for reading Abang MKL. Haraplah xde yang terluka hatinya.

Bibie Karim said...

Bb xkisah pun orang nak pesan sebenarnya. Tapi paling xsuka bab tarik muka bila kita xdapat nak tunaikan pesanan tu. Selalu tengok kawan2 jelah, risau gila xdapat beli apa yang orang pesan kat diorang. Kesian tau, time bercuti huha tetiba kepala pusing sebab tu je. Hahaha jangan tumpang hangin JM. Tarik nafas please.

Alhamdulillah Bb dah jumpa travel partners yang best2. Boleh diheret ke hulu ke hilir. Xpe, insha Allah JM akan jumpa orang yang sesuai one day. Xpun, travel solo jelah mcm LD tu. Best tau.

Bibie Karim said...

Ha ko! Panjang lebar komen nya. Memang terkekek aku dalam train masa baca komen ko tu, pastu kuar pulak komen budak2 tu. Sekadar gambar hiasan katanye.

Aku kalau bab dapat macam kawan ko tu, memang x ambil pusing sangat. Tapi yelah as yang lantik diri jadi organizer ni (tunjuk diri sendiri), memang rasa macam eh ko dah kenapa. Xbest ah kan. Orang lain sure terasa gak tapi xtau nak meluah macamana kat kita. Like u said, lain orang lain perangai so telan jelah. Xkan nak paksa dia ikut aliran kita lak kan. TAPI memang xbest. Haha.

Bongok ah tetiba cerita Rangga keluar! Kejadian shopping mopping tu pun pernah kena gak. Tetiba hemo & mogok ngan yang lain. Eh dah kenapa ko kan? Tapi aku malas nak layan. Aku kalau dah bengang sangat, aku jalan ke depan. Sambil meditasi diri. Xpun aku main hape. Nak sound tang both darah tengah mendidih, silap2 masuk news pula kan.

Bukan pemendam. PENDIAM jauh sekali itu aku sure sangat! Hahaha. Cuma kita malas nak masuk zone diorang. Kang nampak sama je bingainye. Kesian kat budak2 lain. Cuma bebaru ni, tertunjuk sikit kebengangan tu. Sebab macam xtertampung gitu.

How I managed to calm down? Aku lepak dalam toilet sambil layan Running Man. Nak keluar bilik macam malas nak bersiap pakai tudung bagai. Tetiba toilet (tempat jin setan!) gak aku pilih. Xsenonoh!

nana tron said...

toilet pun tempat paling syok curik tulang time kat opis. kahkah ! *tunjuk diri sendiriiii, dok tgk fb dan whatsapppppp sambil "urusan" hahahhahaha

kekadang aku terpikir apsal la kekadang orang takde insurans mulut. tak fikirkah perasaan orang yang membeli dan among all those friends she chose you to give the souvenir ... tak kira la skadar keychain bodo pun. --- because she thinks bout you. tapi you melaharkan pemberiannya. memang bagus bah skrang kau memilih ~ kau ni baik hati sangat agaknya...orang asal tahu je kau nak berjalan, mula la buat pesanan segunung intan. lol.

radin fadli said...

Saya setuju betul dengan entri ini. Setuju awak 200% ? hahaha. Kadang - kala bila kita sampai tempat baru, kita excited nak beli cenderahati untuk kawan-kawan. Tapi lama kelamaan rasa macam tak di hargai pun. Jadi saya pun buat keputusan yang sama, beli untuk mereka yang dekat di hati. Selalunya bila kawan kawan yang jarang bertegur sapa nampak je kita di luar, semua macam nak cenderahati, nak cenderahati, kalau ada 30 orang , mana mahu korek sih duitnya, and dari 30 tu berapa kerat je yang betul betul tegur kita (kalau tak ada di oversea) macam tak kenal ajaaa.

Tak ada masalah nak terima tempahan/kiriman orang, tapi jadi masalah kalau menyusahkan kita. satu benda nak pergi cari kedai/barang tu, nak angkut dah satu hal, (kalau kita jenis naik taxi/bas boleh lah, kalau kita jenis naik train? nak nak subway macam kampung kita? masak!) nanti ada pula mengomel , "hish takkan itu pun tak boleh nak beli", "alah berkira", " benda ringan je pun" ringan mungkin, tapi kalau yang kirimnya 5-6 orang? Jadi kita punya masa sudah terbuang untuk mencari barang orang. Kdang kala tempat itu pun tak termasuk dalam jadual perjalanan, kan dah susahkan diri. Yang jenis, beli dulu nanti bayar pun sama, " tolong beli bla bla bla, " harus diingatkan budget kita limited, kalau sudah beli barang untuk orang, budgetnya sudah lari. lainlah kalau saya ni orang kaya baru hahaha. *Pernah ada yang kirim saya beli botol minuman sampai 15 biji. Lepas tu ada yang kemek, yelah bukan nya airport tu handle with CARE 100%, beside dalam baggage. Sampai tanah air, they we like " alah, dah kemek sikit yang ni" I think its better to say, "thanks for your hardship" is much better.

Pasal travel partner tu betul, kena cari yang betul betul ngam. Ada yang sudah lama kenal pun, kadang macam macam perangai. Ada yang baru kenal, ok, ngam. Ngam bermaksud boleh bertoleransi, kalau mahu diikutkan kepala seorang sahaja, pening kita. Sejak travel ni, dah makin banyak bersabar dengan perangai orang, sebab itu tanam dalam diri, mahu berjalan solo sahaja. Tapi berjalan solo nanti gambar tiada yang mahu tolong ngambil nya. (kena train muka tebal lah afterwards hahaha)

Panjang pula komen, dah boleh buat entri dekat sini. Tapi tak boleh, nanti banyak pula yang terasa, jadi terpaksa tulis di sini. Hahaha

suraya said...

setuju awak 200%! haha sapot radin fadli ni skali kih kih~

but mmg betul pon, xsemua org yg kite kenal/rapat sesuai jadi travel partner. kdg2 bile berkawan mmg sume satu kepala tp bila travel ni nmpk la kpale dia yg xmsuk dgn kite. yang xpunctual, ngade2 etc sume tu kn.

kdg2 mcm serba salah jugak bile nk pegi mane2 tpakse rahsiakan dlu drpd kwn2 yg kite rapat tu sbb takut dorang sentap x di ajak ke kan but i really hope they understand yg setiap org ade dat group yg they feel comfortable to travel with together. hehe!

and psl souvenirs plk same ar mcm sis. dlu mse awal2 pndai travel beli gk la tp skang mmg beli just for close people je. and kite mmg jarang sgt ambik order drpd org bile nk g somewhere. bkn selfish but kite pegi certain places tu nk njoy ourselves, nak relaks2, bkn nk pening kepala pikir psl order org kan. heeeee~

Miss Nazla said...

Fuhhh panjang Bie meluahkan perasaan kali ni. Belum habis lagi dalam hati tu. Hehehe. Utk baru nak jadi kaki travel newbie macam Naz juga sama. Bestfriend dengan A & B. Tapi bila bercuti, A & B ada selera yang berbeza. Dan paling tension tak boleh tolerate to each other. At the end, iols juga yang tersepit. Bygkan yg besar ni tersepit.

Lagi satu pengalaman ke BDO. Kawan kirim kain cotton yang end up 40 meter in total. Masih dikira kirim kah? Tu la yg paling akhir Naz terima kiriman orang. Selepas itu memang mcm Bie la. Akan diberi kepada yang ada dihati sahaja. Kirim kirim itu tak janji. Hihi

Bibie Karim said...

Tempat setan duduk gak dipilih kan. Siap curi tulang tu xtahan. Xde baik sangat oii...aku lah jiwa paling busuk hahaharu. Sometimes ada gak yang eh tetiba sentap kenapa aku xwar2kan aku berjalan, walhal bukan rapat mana pun.

Sekarang buat hati tepu dah. Malas nak perap kecil hati sendiri, bernanah. So bila aku xmampu nak tunaikan request, aku cakap je direct. Pastu aku malas nak gebang dah if aku nak jalan. Biarlah excited tu meletup dalam hati sendiri. Among close frens je yang tau.

TAPI! Kalau balik kampong, aku memang nak seantero Msia tau. Gitu kan.

Bibie Karim said...

Tuuuuuu dia En Radin bersuara hahaha. Ni penangan abang Zil, semua komen nak kena pakai percent je eh sekarang. Uish 15 biji tu memang bertabah sungguh kena mengangkut. Saya kumpul botol gak dulu, tapi setakat 2-3 biji jelah larat nak bawa. Sebab memang selalu xbeli check in luggage so agak seksa jiwa kalau sume nak kena hand carry. Tapi seriously, 15 pieces? Fuh!

Part travel partner memang betul. Kita nak bercuti untuk destress. Nak calm & peace. Kalau dah yang datang ngan kita pun menambah serabut, confirm trip getaway jadi trip makan dalam. Tu pasal if ada orang bagitau saya diorang xselesa nak travel ngan saya, I won't take it to heart. Because that's the truth. Same case macam kita juga kan. Dulu pernah jalan solo gak, part xbest yang nak bergambar tu lah. Muka sebiji2 masuk dalam gambar kalau selca. Ni dah ada monopod, rasanya boleh la kot nak menyolo lagi.

Bibie Karim said...

Ha ni lah sorang Aida Jebat gitu. LOL.

Selama ni ada gak lah terasa hati ngan partner tapi boleh ditepis. Meditasi diri jap, mesti dah kembali ok. Ala masing2 penat tu pasal semua macam berlumba nak tunjuk tantrum kan. Tapi ada 1 kejadian ni memang cukup buat pengajaran. Lesson learned & xnak dah repeat ke apa. Once is enough, gitu.

Sis suka gebang kalau nak 'balik' kampong. Mengada sungguh kan. Syukur gak ada ramai travel partners yang sesuai ngan jiwa. Kalau memasing sibuk, nak menyolo pun xde hal gak. Dapat cabar diri sendiri.

Memang sape yang label selfish tu, xfikir panjang kot. Xpernah try to put themselves in our shoes. Tu pasal main cakap je, kan. Sis selalu gak cakap ngan kawan2, jangan sebab kita risau xtunaikan pesanan orang...sampai mood nak bercuti ntah ke mana. Orang lain nak enjoy, dia lak kalut sebab banyak benda lagi xterbeli. Haru betul kejadian macam tu.

Bibie Karim said...

Ngehehehehe! Memang xhabis meluah lagi tapi cukuplah takat ni. Yang lain, simpan dalam tempayan kat belakang rumah.

Lain orang, lain selera. Kalau sibuk nak ikut selera orang lain je, takut masa bercuti kita yang makan hati. In the end, dah xjadi trip menenangkan jiwa. Trus rasa travelling benda seksa pula. Hahaha besar tersepit comel ok. Ala2 macam semua nak kat awak. Gitu konsep tersepit yang aku faham.

Gila 40m? Tu nak buat kenduri kan. Ala kalau dah banyak macam tu, memang xpatut la. Tapi bab pesan memesan ni, tepuk dada tanya selera kat orang yang terima pesanan sebenarnya. Kalau rasa berat, better lah berterus terang je xmampu nak tunaikan. Takut nanti, niat nak tolong bertukar macam bebanan. Or cakap je, memang x boleh nak janji dapat beli ke x. Tapi kalau still diorang bertanya non-stop, haruslah bagi keputusan muktamad. Hati kena tegar masa ni. Haha.

DJ said...

Arghhh dah dasar tempat setan...smpi skng aku trauma bwk hp msuk toilet...terbyg2 laju hp aku meluncur masuk dlm mngkuk jamban...sobsss... Eh.lari topik sat...hehehe

radin fadli said...

15 biji sebab 3-4 orang kirim, 4-5 biji seorang, yang penuh dengan air ok. T_T. Jenuh turun naik subway hehehe. Susah sebab yang minta mostly sedara, kalau member saya boleh bagitahu teruih, "takat baju boleh, botol-botol no".

Pasal travel partner tu betul. Pening kepala kalau jadi macam tu. Kita nak jalan nak enjoy, kita jalan nak seronok,menikmati the enviroment and culture diversity *KEMAIN. Tapi kalau jenis buat serabut, malas saya. Betul, kalau orang tu rasa tak selesa boleh cakap directly dengan kita, kalau salah dari kita, kita boleh perbetul, kalau salah dari orang kita ponin. Actually bukan salah, tapi buat "perangai". Sebab tu masa travel, saaya try to keep positive, calm, and open to suggestions. As long as tak melampau batas agama.
Orang kata masuk kandang lembu menglembu, masuk kandang harimau menrimau"

Banyak betul post kat sini hahaha. Sebab kalau ditulis entri gua pasti akan menusuk kalbu sorang sorang.

radin fadli said...

A dan B lain lain selera, orang tengah jadi mangsa. A lain selera, pun kita jadi mangsa. nasib betei~ drama tak habis -_-

radin fadli said...

Terima kasih kerana support saya, pastikan anda terus menghantar undian ya~
Ada orang sesuai berkawan, tapi nak travel sama tak sesuai. And I dont like dramas, nak nak kalau berjantina macam saya ni. Ingat nak tulis tips travel "tinggal drama , peel, kerenah, anda di Malaysia".
Jangan lah tulis kampung, pasal menunggu kata putus orang lain, saya dah terlepas tiket aritu sedih bak hang.
*Pasang lagu 2NE1 comeback home , aritu dengor dekat era, tak sangka pula top 3 lagu tu.
P.S tak pernah dengar penuh pun

Bibie Karim said...

Si Radin ni memang betul meluah kan Naz. Ntah dah berapa lama dia simpan luka di hati, dah jadi kudis lantas berdarah kembali lepas baca entry macam ni kot. Hihi.

Bibie Karim said...

Maksud berjantina tu macamana? Hihi. Wah sekarang dah dengar lagu 2NE1 eh. Diorang bagi hint la tu, suruh balik kampong.

isabelle said...

aku nak baca entry 'Berjimba dgn Isabelle yg cool di Adelaide'

mrs.smile said...

panjangnya entry nie..dan mrs setuju sangat ape yang bie tulis, pernah merasa dan melaluinya

Bibie Karim said...

Gitu kan culture diversity katanye. Hahaha memang sesi meluah Encik Radini ni. Xpe xpe, saya memahami.

Bibie Karim said...

Dah start kan dia main game saiko ni. Aku rasa akan banyak entry ngan bf terchenta je. Mr Adam. Pandai dia puji mama dia kan, she is beautiful katanye.

Bibie Karim said...

Xsangka pula termembebel panjang gini MS. Hihi. Sape yang pernah merasa memang xkan dapat nak deny. Kecuali yang ignorance lah.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑