21 March 2014

Throwback: Time Tunnel Museum, Brinchang

Assalamualaikum.

Proses membelek album di fb, pastu jumpa album "Time Tunnel". Wah haruslah berkobar aku mau buat sesi throwback. Mengimbas kenangan kunun. Sambil share experience lampau. And macam sesi mengimbau luka lama pun ada. Eh?

Trip ni sangat impromptu seingat aku lah. Masa tu aku baru resigned. Pastu bawa diri ke Kolumpor, lepak rumah Angah for few months. Jadi orang gaji bertauliah. Like, seriously because Angah bagi duit every month. Among family & close friends memang tau gelaran aku "amah sign mati". Berkat 'deraan' Bunda when I was young. Gitu!

Anyhow, tujuan bawa diri sebenarnya adalah untuk lari dari masalah problem. And also untuk mengelak dari certain people. Bijak kan cara gitu? Memang bertingkek2 bingai but at that time tu jaklah solution paling best aku boleh fikir. Eh, cerita lama tekeluar dari bilik kebal?.

Macam tau2 jak aku ni sedang perasaan berbelah bagi, Angah suddenly suggested that we should go to Cameron Highland during the mid-year school holiday. Maybe Angah tau aku sure rimas berperuk dalam rumah jak. Although ada masa I did went out & lepak with my friends. 

Pucuk dicita, ulam mendatang. Haruslah aku orang paling happy. The last time I went to Cameron Highland was like eons back. Aku pun lupa macamana rupa tempat tu. Yang aku ingat memang banyak bunga jual sana. Fresh flowers. Sebab last time pigi, aku beli sebaldi bunga ros warna-warni. 

Ok, bila Pacik confirmed our accommodation barulah aku canang berita berpergian to my bestie Ernie. By the way, kami stay rumah KWSP nun jauh di atas bukit. Upon knowing I will be going to CH, teruslah bestie bagi suggestion untuk terjah Time Tunnel Museum. More info here

"Ingat pigi sana ah. I know u will love it there. Ur kinda thing. Wait. No. Its our kinda thing" she injected the poison into my system.

And as usual memang akan termakan racun dia dengan jayanya. So aku pun teruslah kemuka cadangan sama yang lain. And they agreed. Untuk short getaway ni, aku memang joined 'bawa badan' jak. Expenses semua covered by Angah+Pacik. Budak bertuah memang macam tu. Pok silap bak kata orang KK.
Si Err excited masa sampai. Lantas lupa ambil gambar bahagian depan muzium. This museum is located at the basement of Kok Lim Strawberry Farm. Sorry aku lupa berapa entrance fee.
Reminded me the one we had at home back then. My late grandma punya.
This too! Nenek suka pasang sebab aku penakut tidur kalau bilik gelap, yet ndak dapat tidur juga kalau switch on lampu sebab terang. So ni solution Nenek came up with. Tapi kena bertabah sebab esok pagi confirmed lubang hidung akan ada kesan macam palitan arang. Baju sekolah kaler putih confirmed akan jadi kelabu asap. Nenek told me; itu effect minyak gas yang kena guna. 
Kasut sekolah aku dulu canggih sikit dari yang ni. And beg pun bukan jenis briefcase gitu. Mine jenis sling tapi bagak. Stylo sangat.
Mensibuk di dapur orang.
Selalu nampak ni di kedai runcit dekat rumah di kampung dulu. 
That little girl in purple tshirt is my cousin yang aku hangkut ke South Korea recently. Masa ni budak ni masih hingusan lagi. Tinggi pun baru paras bahu aku. Emm, sekarang...marilah tutup buku.
Dulu kala we drank Ovaltine. Aku hanya minum Milo kalau lori Milo tu datang. Sampai sekarang Milo memang bukan favourite. And of course never a choice either. Sila jangan tanya "Bie, mau Milo ka kopi?". 
Note the spelling. IA-LAH. Retro sangat.
Penggulung rambut tu still ada at my Aunt's. Dulu kalau mau rambut macam wavvy sikit, memang pinjam benda alah ni. 
Hantu wayang macam aku memang akan excited bila nampak benda alah ni. 
Otai kamera as to quote my bestie Mr I.
My all time fav!! Sampai sekarang, this sweets adalah penghuni setia beg aku. Selongkar lah poket jeans or sweater/cardigan aku...confirm akan jumpa. Or at least akan ada wrapper(s). Eh, si Err ndak suka buang pembalut gula2 sukati jiwa raga tau. Motif?
Paling paling boleh relate with my kampung (Bunda's side). The kampung that I grew up at, memang ramai saudara yang non-Muslim. So benda alah ni memang sentiasa depan mata. 
Don't remember, dulu kala aku belajar Matematik or Ilmu Hisab. Bunda said ilmu hisab lagi susah dari sukatan Maths sekarang.
This definitely reminded me of the run-and-catch game I played with Bunda back then. Kami 3-beradik were forced to consume this twice daily! Aku jaklah selalu yang jadi pelarian when it comes to Scott-Emulsion time. But when they released the orange-flavour, aku sendiri serah diri. Melebih sukatan lagi ada.
Lama sudah trip ni. Aku pun ingat lupa details. 
Yang aku ingat dari Kolumpor we departed a bit early; lepas Subuh before matahari pagi tunjuk muka. Pastu kami stopped at this waterfall; lepak lepas lelah sambil lunch. And jalan mau sampai waterfall tu sangatlah macam ular. Pening! Tapi dari Cameron dari Kolumpor, aku rasa jalan yang kami guna more to highlands. Ndak da jalan macam ular kena palu. 

We were there for 4D3N. Sempat pigi strawberry farm, night market, tea plantation. Kiranya this trip gave me more memories about Cameron Highland than my previous trips. Tapi masa pigi sama Angah+co ni, aku ndak da beli ros sebaldi. Sempat hidu lebih kurang jak ros warna warni di pasar Brinchang. 

Next, aku ingat mau menjejak Fraser Hill. Tempat ni memang aku ndak pernah sampai. Also mau bawa Bunda round Pulau Langkawi; naik cable car. Sedih perangai kau ni Bie. Last I went to Langkawi was in 1994. Masa tu Dataran Lang pun baru 'susun bata'. Yang ada cuma si Helang; tu pun masih belum dicat. Insha Allah, akan sampai juga nanti.

eryantierdabdulkarim

Categories: , , , ,

21 hollered!:

DJ said...

sempena tahun melawat malaysia ni boleh la ko ke fraser hill n langkawi tu...

bagus ni info, wpun lama giler dah ko pi...hehe aku nakpi weekend trip ke cameron nanti harus aku singgah sini...hehehehe

BIBIE KARIM said...

@DJ dah xtau sebenarnya mana nak selit untuk cuti2 Malaysia. Alasan kan. Hahaha.

Aku rasa dah banyak khazanah diorang tambah kat dalam tu. Memang mengimbau kenangan sungguh.

syieda said...

Owh bie!!! Puas hokei aku dok cari kat mana n apa nama tempat ni!!

Scott emulsion tu sama adegan ngan aku gak. Kena kejar ngan bpak aku time yg kaler putih tu. Skrg je aku syiok sendiri mkn yg orange flavour tuh.

BIBIE KARIM said...

Ko dah sampai sini gak ke Syieda?! Hihi.

Kagum wei sampai sekarang ko still consume benda ni. Aku habis sekolah rendah, memang goodbye dah benda ni sebab masuk hostel. Malu kekunun kalau kawan nampak. Poyo sangat.

isabelle frankly said...

Jeles pulak aku baca entry ni wpun dlm Malaysia je. Cisss.

tapi kan mesti masa pegi situ terasa mcm reporter nak buat laporan what's there... instead of relax n enjoy tengok saja. Kan? Mklm la... blogger

BIBIE KARIM said...

@Belle: Masa ni memang relax & enjoy sebab aku xstart blogging lagi. Hihi. Eh dah start tapi more to curhat & blog pun private gitu.

Aku nak cuti2 Msia weii. Haha.

Supermeng Malaya said...

menarik.

kena pegi nih ! tapi jem manjang nak naik cameron tu

radinfadli said...

Wah! Banyak betul benda benda lama dekat sini. Ada sesetengah memang tak dapat nak jumpa dah. Strawberry ... teringat strawberry seoul yang besar dan manis.....-_-'

PuTrImaRyam said...

Aku lom penah sampai fraser hill... Bagus jg ko cuba merangsang minat kami semua... (Mantap perkataan merangsang tu kan... Hehehe)

BIBIE KARIM said...

@Meng: Aku rasa diorang dah tambah khazanah dalam tu. Dah 5 years berlalu trip ni.

Jem ye. Kawan aku cakap laluan kitorang yang jumpa waterfall tu kira laluan jauh. No wonder bersimpang siur jalannye. Apakata cuba jalan tu untuk elak jem. Xtaulah kalau jem juga kan.

BIBIE KARIM said...

@Radin: Tulah pasal. Seronok masuk tempat yang bagi banyak kenangan ni. Walking down memory lane gitu. Huah xpena lagi beli strawberry kat Seoul tau.

@PutriMaryam: Samalah aku pun belum pernah sampai juga. Tulah verangan mau pigi kunun. Merangsang ahh. Hahaha. Memang mantap!

syieda said...

Bie..blom sampai lagi la. Sbb aku tatau kat mana tempat ni. Ha skrg aku tau..clap clap utk ko bie. Hihihihi
Aku makan kadang2 je kalo termasuk dlm watson. Hihihi

BIBIE KARIM said...

@Syieda: Dah boleh pergi lepas ni, sambil amik kesempatan escape jerebu kat KL. Wakilkan aku beli ros sebaldi. Hahaha. Rindu nak buat keja gila tu.

Orga said...

hamboi bibie...nak mai langkawi ka? jemputlah mai, banyak tempat menarik dekat sini. jangan kata hang, aku orang kedah pun dah lupa tahun bila last aku ke langkawi, huhu...bila ko tulis dalam loghat sabah, teringat bf aku masa study dulu...

BIBIE KARIM said...

@Orga: Nak mai tapi tulah xtau bila. Alasan x abih2 kan. Hahaha. Kalau nak tau, Labuan sejengkal tu pun aku xsampai lagi ok. Bestfriend aku dulu orang Kelantan, memang kecek Kelate sokmo. Ni dah balik ke tanah tumpah negeri, terbelit lidah nak borak slang lain. Tershashul loghat Sabah.

nana tron said...

vintage bebarangnya weh..sukakk!
are they for sale..?

Muhammad Khairuddin Lim said...

Bila tengok barang-barang tu, teringat zaman dulu2....ada memori yang terluka...tak sanggup luka lama berdarah kembali.......itu pasal selalu memandang ke depan.....hihihi....

BIBIE KARIM said...

Namanye muzium Nana oii...xde na dijual. Eh, kalau jual sanggup ke minum a&w berabad lama. Contoh xmenahan, minuman/makanan aje

BIBIE KARIM said...

@Abang MKL: Luckily barang2 dalam tu semua tinggal kenangan manis kat Bibie. Ouh kalau kenangan pahit, memori luka harus simpan dalam bilik kebal.

Jari Manis said...

Bie, jm pun dh ke ke sana last month tp x tahu lak ada musium ni, biscuit krim cracker dulu dlm tin mmg sedap cicah tea tp skrg dh mahal lah :-)

BIBIE KARIM said...

Bibie tau pasal muzium ni pun sebab kawan bagitau JM. Kalau x, memang sah xtau wujud. Kannnn dulu murah je xtau pasal apa sekarang sume nak mahal je.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑