27 November 2011

Tahun Baru!

Salam Maal Hijrah kepada saudara seIslam ku.

Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Mendapat redha & diberkati olehNya, dikurnia rezeki yang halal. Sentiasa beroleh hidayah & keampunan dari Yang Maha Mentadbir.


Hijrah itu Pengorbanan
Hijrah itu Perjuangan
Hijrah itu Persaudaraan
Hijrah membentuk Perpaduan
*all-time favourite Hijrah song*

Alhamdulillah aku masih bernafas! Aku masih diberi peluang oleh Yang Maha Mencipta untuk berada di bumi ini. Pintu taubat untuk ku masih terbuka luas; syukran Ya Rabb. Insya Allah dengan petunjuk & lindungan Mu aku akan berusaha untuk menjadi Muslimah yang baik. Yang mampu melintas titi ke syurga dengan halangan semaksimal mungkin.

Terima kasih ya Allah atas segala kurnia Mu! Atas rezeki yang tidak pernah putus Kau beri walau aku sering lalai dalam mengingati Mu. Walau keluhan sering terucap di bibir. Sungguh aku malu dengan sikap alpa itu!

Terima kasih Ya Allah di atas ujian yang kau beri...kerana itu tanda Kasih Mu yang Agung! Untuk aku jadi peka, untuk aku jangan lupa tentang hukuman Mu di sana nanti.

Moga aku akan sentiasa ingat tujuan utama Kau turunkan aku ke dunia ini. Insya Allah.

eryantierdabdulkarim

0 hollered!:

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑