2 November 2011

Ombak Ke-Rinduan

1 Disember 2011 rasanya sangat jauh...aku belum nampak bayangnya lagi. Nafas turun naik menanti Abang Kesayangan berada di birai mata. Hmm, ada rasa ayat aku ni mau makan kasut ka? Ngek!

Novel ni aku baca zaman masih bergetah & vogue...gila bangga perut langsung tiada gumpalan lemak extra. Sekarang masih bergetah...tapi more to berkenduran gara2 longgokkan lemak tepu & tidak tepu di setiap pelosok daging telah bermaharajalela ndak langsung kasi peluang sama muscle untuk develop. Ok ok, sila kembali ke motif asal entri ni wahai Bie oii. Cerita lemak sila simpan & hurai di lain masa.

Long story short, novel ni aku baca masa zaman high school. Memang aku hantu novel dari dulu. Cuma sekarang ni, aku macam ndak punya banyak masa mau jadi pembaca tegar macam dulu. I can finished 1 novel in just 3 days...dulu lah. Sekarang ni, maybe in 2-3 weeks baru lah khatam. Memang hampagas!

Apakah motif si Maya tu pakai FINK juga? Nasiblah anda cantik menawan paling kebabom...jadi aku pasrah membenarkan. Untuk Ombak Rindu, ndak apa. 
Inilah rupa novel nya. Untuk tatapan manusia2 yang ndak tau or ingat2 lupa rupa bentuk novel OR. Juga untuk tatapan manusia yang suka buat2 tau semua benda tapi sebenarnya hampas.

Makaseh sama sang penulis untuk cerita superb nan hebat ni. Dari dulu kalau orang gebang pasal OR, aku automatically teringat warna cover buku ni. Purple adalah sweet! 
Ok mahu makan petang...sebelum program DeBella Litchin aku bermula esok. Gila azam ndak boleh blah!! Oh yeah, lancarkan program mahu buang excess lemak dalam badan. Mahu hidup sihat, bebas dari marung memanjang tanda depression. Keburukan!

Banyak baju jeans lingeries yang aku sudah lipat & susun di bahagian almari paling dalam. Insya Allah...ndak lama lagi tu boleh sudah dikasi keluar & dipergaya semula. Jangan jak aku berhangat sama taik ayam! Wachaaaa!!!

eryantierdabdulkarim

4 comments:

Nur Izzatie Nadia Binti Subri said...

mau kurus juga. tp tiada lgsg usaha! =(

Unknown said...

Hihi kena kuatkan semangat. Choi, padahal kakak pun 2x5. Mula2 jak semangkit.

in THE name OF the WHO said...

lingerie?
x muat?
err.....
wow!
hahahahahha

Unknown said...

Saja menjadi lucah. Lol tapi yang bener dong.