11 July 2011

Subhanallah

Seseorang menyoal aku.
Mengapa itu, mengapa ini.
Semua soalan berkisar dunia.

Subhanallah.
Aku tersentak.
Sungguh aku kejam.

Apa benar dunia telah buat aku alpa.
Betulkah begitu?

Atau aku yang lalai dengan dunia.
Ya!
Itu lagi tepat.
Itu yang benar.

Asyik dengan urusan yang ntah bila mahu selesai.
Dunia itu, dunia ini.
Akhirat yang pasti dipandang sambil lewa.

Hakikat. Aku sudah bertunang.
Sejak aku lahir ke dunia.
Dengan yang bernama Kematian.

Ijab & kabul bukan hak aku tentukan.
Namun yang aku pasti.

Malaikat Izrail itulah Tok Kadi.
Liang lahad itulah pelamin aku.
Ulat & kala jengking itulah tetamu kehormat aku.

Subhanallah.
Aku tersentak lagi.
Laju menghitung amalan.
Cukupkah jadi bekalan.
Atau semua sudah lesap.
Dijadikan kifarah.
Menghapus dosa-dosa yang menggunung.

Ya Allah.
Tidak kan mampu amalan aku
memadam bersih dosa-dosa ku.

Aku tersembam. Muka menyembah bumi.
Hanya Kau tempatku berharap Ya Rabb.
Kuatkan imanku.
Teguhkan imanku.

eryantierdabdulkarim