4 December 2010

Reminder

Peringatan untuk diri sendiri...kalau boleh aku rotan diri sendiri, harus aku rotan.

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Keluar lepak sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kau bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.

Hasil: iluvislam.com (Rasailul Ashwaq)

Jangan simpan sikap malas tu
Jangan sampai orang datang rumah...sembahyangkan kau
baru sana kau huru hara menyesal, Bie.

2 hollered!:

isabelle said...

ye laa..ye laa..
nak pi semayang la ni..

perli org pulak

BibiEr Karim said...

Belle! *gelak guling2 tapi maintain comel*

Perli diri sndr jg. Suppose I ubah jadikan "ada masa nak blog & update fb"...LOL

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑