18 October 2010

Keghinduan

Assalamualaikum. Selamat sejahtera.

Sebab aku nak berhijrah menepek ke Kolumpur tak lama lagi, jadi kerinduan tu ala2 gedik nak membuak lah bagai kat family yang duk Bandar Tasik Permaisuri tu ha.

4 tahun bertapa kat UniMalaya...rumah Angah lah tempat aku menumpang kasih & sayang. Juga tempat aku lepas meroyan kalau hidup kat kampus nak masuk fasa ala-cekik jiwa. Paling utama, tempat aku menadah tangan papar muka extra poyo supaya dapat duit belanja lebih. Wek! Memang aku muka tak malu. Tapi yang tu akan jadi bila aku masuk fasa masa kecederaan kronik. Sebab duit PT aku dah perabis belanja benda tak berfaedah. Masa2 lain, aku takyah tadah sebab Angah memang murah hati bagi tiap bulan. Kan aku dah kata, bertuah aku ni.

Yang ni raya bertahun lepas. Macam biasa, aku join warna tema family orang lain. Memang tak malu.

Aku terpaksa duduk ayu. Tak nak lah wei nampak ketinggian super cute sebelah sepupu yang 10 tahun muda dari aku.

Yang ni singgah mencemar tekak on the way to Kelantan. Dec '06 tak silap. Mother & aunty from KK joined us as well. Pengembaraan keluarga ke Kelantan, Terengganu & Pahang. Time ni size budak2 ni semua cecomel je. Skang semua bagak dari aku. Yang atas pangkuan tu, dah tinggi sama level cm ngan aku. ugh

Dataran Kuala Terengganu.

Muzium Kelantan.

Perisai aku!

Yang ni nak pi beraya. Before departing to Shah Alam.

2007. Eye on Malaysia, Dataran Titiwangsa.

Visiting Ezza at her PLKN camp in Pahang.

Aug '07. Malaysia 50th Independence Day

Ugh rindu lipatan laci perut nan tak seberapa jelas kelihatan itu. Giler saiko.

Alkisah I was there days before my G-day jadinya mengambil kesempatan turun Stadium Merdeka to celebrate Malaysia's birthday. Berduyun orang masa ni...yelah celebration ke-100 nanti belum tentu masih bernafas lagi. Ye dok?

Ok fakta paling tepat antara semua...aku ghindu makanan di atas. Specially yang biji2 kaler hijau tu...yang disaluti sambal. Ikan tu adalah favorita aku yang paling favorite. Everyday melantak ikan tu pun aku rela. Erk memang itu menu aku sepanjang study dulu. Sampaikan makcik cafe kalau nampak aku tapau makanan, dia tak payah nak jenguk apa dalam polisterin aku. Sebab memang itu jelah lauk aku. Kalau takde si petai, aku baham kangkung. Rege adalah sama je.

Ghindu nasi kerabu yang jual kat pasar malam Pantai Dalam. Rasa dia memang takde tanding kat memane. Sedap gaban! Memang sah aku cari penyakit...ni bukan kes nak bagi liur kecur, ni dah kira kes nak tetak jiwa sendiri. Aduuuyai. Tu belum aku buka cerita nasi lemak kat Kg. Baru...yang aku duk meroyan kat bekas kekhasih hati tiap malam. Kekononnyer kalau tak dapat harus rajuk panjang...muncung macam tapir. Pastu ayam goreng berempah yang amat famous kat Kolej 12, UM*. Fuh kau, ayam & paru goreng makcik tu memang gigit jiwa ok.

Semata nak pujuk jiwa kendiri...aku pun masaklah sotong ala kurita ni. Buat sambal kekononnyer. Tapi serius wei rasa nan ado...jauh giler beza ngan sambal favorite aku nun jauh kat Kolumpur tu. Hmm takpelah janji tertunai hasrat ibunda yang tetiber join kecur liur gak.

Having said everything...aku masih tolak idea untuk stay kat Kolumpur for good. Tapi kalau jodoh orang sana, haruslah aku redha. Just that for the time being, sana bukan tempat aku lagi. Lemau duduk situ lelamer...biarlah orang kata KK kurang maju, tapi hati jiwa raga aku tetap kat sini. Wah gitu sekali kau mempoyokan diri.

x0x0

2 hollered!:

Ernie Khairina said...

mencemar tekak haha..
astaga sedapnya tuh lauk + teh ais! arghh

BibiEr Karim said...

Hahaha ayat baru sy.
Sedap & sy rindu!

Teh ais paling best ada d sna.
Kalau di sni ada 2 jak tmpt
sy bole minum teh ais superb sedap.

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑