27 August 2010

Psst sang arjuna...

Mau cakap lebih2
nanti dibilang aku ni tripping ustazah

Nama pun manusia bah kan
ingat mengingati itu sunat
kerana kita memang ndak lari
dari berbuat dosa

Yang menegur tu pun untuk
peringatan diri sendiri
supaya ndak lupa...
ndak hilang apa yang sudah dibelajar

Aduyai pening tinguk
kaum lelaki zaman serba moden
yang canggih manggih ni

Bulan Ramadhan disuruh puasa
Terang benderang hukumnya wajib
Melainkan ada keuzuran

Yang kau; sihat walafiat
Gagah berjalan tanpa cacat cela
Tapi tetap memilih untuk ignore arahan Dia

Lagi parah bila kau tu status suami orang
Mahu bayangkan macam mana cara kau bimbing isteri
Tapi aku tau it’s totally none of my business

Aku tolong pening tinguk lelaki
yang mahu kahwin lebih dari seorang...
konon ikut sunnah Nabi

Apalah bodoh wahai sang engkau
yang itu kau ikut sunnah?
Lain2 Nabi buat
kenapa ndak kau sibuk mau ikut?

Kalau solat fardhu pun kau buat macam ndak wujud
Apalagi solat sunat setiap Jumaat tu kan?

Hidup di dunia, alasan memang berjuta boleh dihambur
Tunggu kau di padang nan luas tu nanti
Saat mulut ditutup rapat ndak disuruh untuk menjawab

Cuba kau hambur alasan masa tu
Cuba kau cakap ndak dapat solat Jumaat sebab ndak da kereta ke masjid
Cuba kau jawab kau tu sibuk sama kerja
Cuba kau jawab kan Allah tahu aku bukan sengaja

Alah macam yang selalu kau jawab time di dunia dulu.
Baru masa tu kita tinguk...siapa yang kena.

Selalu aku doa minta ditemukan dengan jodoh
yang boleh bimbing aku...
yang boleh bercinta kerana Dia...

Bosan aku dengan lelaki
yang hanya tahu dunia...
yang tidak peduli soal agama...

Aku memang bukan taraf alim ulama
dosa aku tinggi menggunung
aku tahu wanita yang baik untuk
lelaki yang baik

Aku bukan golongan baik itu
Aku jauh dari layak
untuk dapat lelaki yang baik

Biar berjuta kali aku dilahirkan semula
Semata2 untuk menghapus dosa
Aku rasa sebesar zarah pun ndak kan hilang

Tapi aku yakin Allah itu Maha Mendengar
Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat di balik hati
setiap hamba ciptaan Nya

Sebab itu aku ndak putus panjatkan doa
Aku sudah bosan bercinta macam dulu
Jadi kabur sama hukum Nya
Memang bodoh...memang rugi

Biarlah ilmu agama kau wahai lelaki
ndak sekukuh mana...ndak sesempurna mana
cukup kalau kau ada usaha untuk mendalami
itu tanda aku dapat kau bimbing...

Selalu bermimpi untuk bina keluarga bahagia
di dunia & juga akhirat
yang hidup berdiri atas ajaran Islam

Insya Allah.

p/s #1: Lelaki itu merujuk secara am. Ndak kira lah kau sedarah sedaging aku or cuma orang luar, asal namanya kau lelaki.

p/s #2: Oit Lelaki, ndak malu kah kau ndak puasa tapi bila time raya kau yang sibuk antara paling sibuk. Siap bercanang2 raya ndak meriah tanpa baju baru. Alangkah untung siapa jadi pasangan kau...mesti happening raya pakai baju lip lap, kan? Hmm cemburu kah aku? Barangkali laaa.


2 hollered!:

in THE name OF the WHO said...

wakakkaka... i like this post too..
I laugh because it is so bersahaja but sarat dengan pengajaran... I Like.. i hope ko gini slalu.. i means blogging things yg menjadi pengajaran sesama umat manusia..x

BibiEr Karim said...

Ini guna dia utk tegur diri sndr. Orang bilang self-monolog. Harap2 dpt igt mengigt sesma kita jg.

Sy dgr ceramah agama, read books...jd sy mo share sni la knun. Thanks for liking. Thanks for ur support.

xx

Copyright © My Life, My Thoughts, My Dreams | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑