22 May 2010



Yesterday datang cafe untuk buat gaji...time cuti semester ni, staffs work on weekly shift. Since next week the Sabahans akan berpublic holiday super panjang; harus kasi siap semua kerja awal. Some staffs pun perlu digaji awal. Aku juga gaji on time. Hampas kelapa.

By the way, last night sesi meninguk Shrek Forever After (The Final Chapter in 3D) with the bunch of friends. Masyarakat majmuk...sebab sesi dinner & wayang with MY YS+UiTM friends. Dilupa jangan, wife & teman2 wanita kepada sahabat2 lelaki gue juga turut hadir sama.


Adalah wajib sesi gambar...walau sedang beli 1901. Self timer lagi ah. Hancur.

Dinner kami di Jesselton Point; tapi harus sedih sebab ada mereka2 yang penat tunggu order & later decided to cancel order. Takut ketinggalan masuk panggung alkisahnya. Boleh alasan tukang kedai, gas diorang habis. Like; adakah payah untuk guna kaedah menginform? Ok, part tu ndak mau bising sebab order aku sampai dengan penuh gaya jayanya. Share MY favorite lamb chop sedap menjilat jari with Lyn+Kizzy darling. Berliur jak lah yang lain meninguk kami makan penuh kesedapan.

Idea menonton Shrek beramai2 was brought up by Mr. Zul. Boleh jak dia buat thread di mukabuku & pelik aku ndak reply. Thing is; kami belum pun dalam friend list masing2. Punyalah sandi. And tukang beli ticket adalah kawan gomen tersayang kami yang kadang2 boleh transform jadi ular during working hours. Ampun incik!

RM15 for a 3D show...not bad at all even though I don't really watch cartoons. Congrats to the newly launched GSC, Suria Sabah. Aku memang chenta akan GSC sejak dulu kala. *ok tunjuk tulus setia hoping to get more free tickets from them* What I truly appreciate is the time I got to spend with friends. Mr. Ijal thinks we should do that more often. Sekarang pun dorang sudah berura2 mau booking untuk Toy Story. Adui another cartoon show...berkartunan lah aku pasni bah.

Went back home after movie around 11pm. And dan2 tu dapat sad news from mother. The only orang tua from my mother's side passed away. Nenek Papar is what I called her; youngest sister of my late grandma.

Allah tested my family with deaths; this year. Late uncle & aunt had just left us few months back. Belum sampai 100days of aunt Ana's dismissed...and now Nenek Papar was called by the Lord. Moga ujian ini buat kami tabah. Thing happened for a reason. Kematian buat aku insaf...make me concern more tentang nasib di sana. Fear I don't have enough time to repent. Mati tu bila2...if ur time comes, no one could change it. Ndak kan dapat dikasi cepat or lambat. Janji Allah tu sudah pasti.

Awal pagi gerak to Papar with the family. Alhamdulillah, semua urusan went well. Dari mengasi mandi, mengapan, sembahyang sampailah dikebumi. Semua lancar tanpa ada masalah. Hmm...during her life, arwah memang patuh suruhan Nya; jadi memang expect sudah semua akan jadi ok. Don't know what will happen when my turn comes. Sudahlah yang dibuat banyak tersasar dari yang disuruh. Aduyai.

Aku suka dengar talkin...sebab masa tu rasa dekat dengan kematian. Kembang bulu roma bila ingat sesi interview with Mungkar & Nangkir. Sekarang ya lah jawapan semua pass sebab mulut yg bekerja. Di bawah tu nanti, mulutlah yang duluan ditutup. Habis punah harapan kalau anggota lain jawab terkial2.

She's in better place now...embrace with Allah's mercy.

Insya Allah...titian tu akan mudah aku lalui. Jadi kunun cakap jak lah kan...aktiviti penginsafan diri, pembersihan hati, penguatan iman bila mau dikasi lancar cik Err oii.

Aishhh.

2 comments:

in THE name OF the WHO said...

siok ka 3D.. I oredi reserved my seat 5 2moro..RM 15 sj...nasib baik x mahal..sa expect rm25..heheheh....

p/s: condolence 2 ur granma....

Unknown said...

Siok tp sy pening skit...my advice klu tgk 3D ko pilih seat atas sikit dr tu screen. Baru balance sma tu spek ko pakai. Tp xtau la klu org lain ok. Hahaha. Mmg murah tu, bukan IMax theater mcm sna Times Sq KL.

Thanks. x